Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, August 18

Syawal 21 - Impian ke Sawah Tercapai XD

Sebagaimana keinginan aku untuk ke sawah sejak dua tahun lepas, akhirnya tercapai jua. Apatah lagi sawah tuh hanyalah dekat Pahang dan dalam 45 minit dari rumah aku, tak payah susah payah nak pergi Kedah nak tengok sawah padi cantik. Kebetulan sawah dekat Chenor tuh tengah menghijau ditambah pulak berlatarbelakang bukit/gunung yang mebuatkan tempat tuh sangat klasik. Bertambah jakun lah aku.

Plannya hanya nak beraya dengan coursemate UM aku Tirah dekat Kampung Awah, dan ter-plan pulak nak photoshoot dekat sawah Kampung Kertau Chenor, 25 minit dari rumah dia. Terima kasih ayah Tirah yang bawak kami tengok area2 Chenor dan mak Tirah yang bagi seplastik buah duku dan jambu kecil sebagai buah tangan. Dan terima kasih Tirah yang bersusah payah menjamu aku dan Tiara dengan tomyam masakan air tangan dia. Seronok!

Buaian umah Tirohhh

Umah Tirohh cantikkan

Selfie pokok kelapa


Teleng post #instagayatirah

bersama kak tiara XD

 Sawahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Kampung Kertau, Chenor, Pahang


Tirah

Tiara
Aku XD

Teleng post 2. Terima kasih monopod tirah yang banyak berjasa.

Dongak post

Merenung masa depan

sawah dan tali airrrr

Teleng post 3.

rare post by me :D


Panorama view. cantikk

Rasa macam nak post semua gambar semua cantik2. Terima kasih tirah dan tiara pada syawal 21 ni!




Saturday, August 9

Aidilftri - Summary

Too many good pictures of Raya to handle. This is the first raya without my father, a bit different but my family try to handle well. 

Syawal 1 - First raya dekat rumah, bila tahun ini semua kakak dan abang beraya dahulu di sini selepas turn rumah mak mentua tahun lepas.

Pakai inai kaler pink


siblings

whole family ngan anak2 buah yang comel



berbarbeque malam raya pertama.


Syawal 2 - Balik kampung belah arwah abah dekat Benta, Kuala Lipis Pahang. Paling suka datang sini ialah rumah kampung dia, patin masak tempoyak yang memang pure dan banyak buah-buahan.

makan ice-cream sebelum bertolak.


kampung kat benta

pagar kampung.


Syawal 3 - Beraya dekat kampung belah mak kat Simpang Kallang, Raub Pahang.

dengan sepupu paling rapat sebab hampir sebaya

beraya rumah sedara

cantik umah ni


Syawal 4 - Beraya rumah bff Jeah dekat Sungai Gau dengan Ena.

bff sejak dulu


Syawal 6 - beraya dengan schoolmates yang berkumpul dekat rumah kawan di Sanggang.

ahh rindunyerr koranggg



Syawal 8 - Beraya dengan kawan2 universiti yang rapat dari zaman asasi lagi.Macam tahun lepas tapi aku just pergi yang kali ke2 kat Selangor. Cover Area Kuala Lumpur. Taman Melati, Ampang, Cheras dan Jalan Klang Lama.

ber-monopod

depan umah put

bff, roomie n university-mates

Syawal 9 - Sambung beraya dengan university-mates pulak tapi kat Selangor dan Cyberjaya.

beraya dengan shades!

photoshoot kat Taman Botani.

Tahun nak beraya gler2 before bekerja!










Tuesday, August 27

Raya Konvoi ~~ University-mates

Esok nak fly, tapi kaki menggatal nak ikut beraya. Jauh perjalanan menjejakkan kaki ke dua daerah. Tak ingat yang diri nak field trip esok. Bagi aku biar penat asal seronok. Ni je la peluang yang ada untuk beraya sakan sebelum dua minggu berada di negara orang.

Susur alur perjalanan

Banting --->Banting----->Pantai Bagan Lalang -----> Cyberjaya----> Taman Bukit Kuchai.


Raya.
candid
Unmatched baju kurung dan tudung. Whatever lah. 
Happy birthday Afifah.
Pantai Bagan Lalaang. (gambar curi dari instagram kawan :D)
Good.
Tipikal shoot.

Dan selepas tuh terus cepat2 topup barang nak fly.

Monday, August 19

Photoshoot with Little Princess ~~

Mempunyai anak buah tidak dinafikan agak menyeronokkan. Dan famili aku sendiri ramai anak buah. Sejak menjadi 'mak cik', aku akui aku menjadi lebih bertanggungjawab dan belajar skill komunikasi dengan kanak2 dan bayi. Amboi kau. Dan aku teringin jadi photographer kanak2 (wewitt). Best woo dan agak mencabar sebab kena pandai ambil hati mereka. Selepas syawal dengan famili dan konvoi dengan kawan2 schoolmates, kali ni ade idea lain pulak datang.

Petang raya 10 syawal harituh sedang kesemua mereka tengah main lego, yang budak perempuan pula aku nampak sedang menyikat rambut antara satu sama lain. Terus ingat time kecik2 dulu aku buat benda yang sama. Nostalgia!! Jadik boring2 tuh terus aku dapat idea suruh diaorang pakai skirt cantik2 photoshoot. Treat them like a little princess sebab budak perempuan umur sedang diaorang suka feeling cantik2 dan rasa macam puteri. Dan mereka pun sporting abes! (3 gambar pertama telah diedit dengan apps smartphone so tahap noise tinggi)

Anak buah aku yang comel. Kiri: Nasuha(4 tahun) dan Balqis (5 tahun).

Jadik photographer kanak2 aku. Comel plus gojes diaorang ni <3.

Senyuman yang ikhlas lagi kiutt.

Gambar tak jadik. Asal mencebik mulut Nasuha?

Suruh diaorng buat gaya ni yang lebih natural XD.

Lego is everywhere kat mana2 bahagian rumah. Kalau terpijak nangis kau. Binaan blok terus teringat Legoland!

Belek2 gambar diaorang puas hati. Menjadi budak perempuan sangat awesome!

Yaya



Sunday, August 18

Raya konvoi (Schoolmates)~~~

Beraya dengan kawan2 sekolah adalah sangat menyeronokkan. Ada yang bertahun2 x jumpa. Mengimbau kenangan betul.

4 Syawal - Konvoi raya ramai2. Ni semua plan Esah the driver nak raye umah Cikgu Manisah. Dan kereta aku (famili) pulak rosak memang aku sakit hati. So sebelum raya umah cikgu tuh dia ajak merantau tempat lain. Kitaorang ter-raya umah classmates dia secara tak sengaja. Dan ade yang aku da lupa nama (sory mintak ampun). Xpe ramai2 lagi best. =P


Berjimba dalam kereta :D. 

Empat gadis comel pilih2.

Haa nie konvoi ramai2. Terima kasih pada tuan rumah XD.

Yang tengah tuh lar Cikgu Manisah, berlatar belakangkan umah cikgu yang memang cantik. 

Classmate aku pun ade sekali weyh serius x sangka jumpe korang. (Dari kiri: Fadlan the class rep, Aysmir the Japan guy, aku the blurb, Jeah the dentist and Ena the teacher).  Power Rangers in the making.

Sebelum balik bergaya dulu bak kata mak-mak.


9 Syawal - Minggu ni tiba2 sorang kawan yang agak rapat time sekolah tinggi nak beraya umah aku. Serius weyh aku dah hampir lupa pasal si Zaid ni. Kesian kau kalau aku tau ajak kau konvoi raya sekali. Dah la satu taman je pun (mintak ampun banyak2 susun sepuluh jari). Pastu aku pulak boleh lupa pasal kau. Xpe kau makan besar arituh :D

Huk hok.

11 Syawal - Dapat wassap dari kawan aku yg terchenta Sham balik dari UK. Happy gler aku weyh! Menu memang best nasi dagang dan ayam chic king! Dan apa yang best sekali dapat jumpe kawan sekolah rendah Ainul yang lebih 10 tahun tak jumpe =D

Geng SKJB. Sekolah rendah sama2. (Azimah, Ainul, Sham)

Classmate-kuh :-3

Ada plan beraya lagi tak lepas ni? xD

Yaya