Da seminggu balik dari johor dari ahad lepas, tapi sekarang baru nak update. Yalah balik2 je Isnin ade test, then next day site inspection, meeting kolej, presentation final project untuk kelas fotografi. Huh sekaranglah baru ada masa nak ber-blog, tuh2 pun curi2 masa tau. Malas nak upload gambar dalam fb sbb kat fb tuh uhuk2 dan lalalaaaa. Well kitaorang 4 orang pergi Johor for assigment research yang diberitahu before this. First time pergi Johor nie gembira gila. Dapat kereta sewa terus aku pecut drive, sebab jalan kat sini semua kene ikut jalan besar. Ni yang best nak racing nie, tpi disebabkan aku bawak nyawa 3 orang coursemate aku, tak jadilah, tetibe2 jadi pemandu paling berhemah pula kat situ. Kita berada di negeri orang tau, kene ikut peraturan (padahal dah hampir langgar traffic light merah brek tibe2 sampai tayar cengkam tanah, berderau jantung 3 orang kawan aku tadi XD). Sorry beb, aku x sengaja.
Hari first sampai terus pergi pejabat tanah galian dan hari kedua pergi pejabat tanah daerah dan jpph itu ini. Tapi satu yang paling aku respect ialah, staff kerajaan kat sini memanglah baikkkkkkkkk. Tolong kitaorang. Berbeza dengan dekat kL. Then round2 jb. Biarlah gambar2 di bawah memberitahu segalanya, sebab,,
sekeping gambar memberi 1001 makna. ecehh
Day 1
Makan nasi goreng daging merah area taman merdeka. Seronok banyak giler kedai steamboat.
|
nasi daging merah, sedap dan banyak giler nasiknyer. |
|
lepas makan terus bergambar kat taman merdeka. macam ala2 dataran merdeka., mungkin? |
|
le' cousemate : dila, jue dan naqib. suka gambar ni. |
Day 2
-pusing2 danga bay, cantik, depan tuh singapore je
-pergi fun fair danga world, meriah lampu kelip2
|
glamorous ship. nak main 10hengget seorang. |
|
ferris wheel. eye of danga bay. haaa. nie je kitaorng naik. x mahal sangat RM 4=4kali dia pusing. |
|
signboard sesame street. depan tuh singapore? |
|
bunga gugur atas kereta sewa. cantik |
|
Ayam perisa lemon. best. yang nie kitaorang makan mewah. siap ada tomyam , sayur dan ape2 lagi ntah. amboii x ingat dunia. |
Day 3
heading to Legoland!!!! site inspection sekali dan main sampai 3 roller coaster!! heee. Sory lah gambar2 kitaorang x banyak sangat sebab lebih kepada theme parks tuh sendiri. but the real thing is, aku respect management staff legoland. staff sangatlah friendly. inilah perbezaan antara management under foreign company between the local. patutnya belajar dari mereka.
|
le' ticket. booking online dapat 25% discount. |
|
le' hugeee sigboard atas bukit |
|
le' main entrance. hiraukan aku yang kat tepi tuh =.= |
|
aku n cik dila. macam2 budak2 je! haha |
|
depan LEGO KINGDOM. macam kota inggeris. |
|
buku pun lego. fuhhh ternganga :O |
|
lego's keychain at souvernirs shop. RM 12.90 satu. =.=! |
Main attractions - MINILAND
kat miniland ni aku being crazy! semua model building dari lego! nak shoot dari semua sudut taw, sory x letak banyak gambar.
|
masjid lego. cun. |
|
penumpang baru sampai destinasi. KLIA. comel. |
|
macam real kan? |
|
the photgrapher XD |
|
bas khairul pun ada jugak. terbatuk2 siapa yang nama khairul. |
Mood : super mode happy.
x.o.x.o
No comments:
Post a Comment