Tuesday, December 25

pantai timur Cherating


Selepas minggu yang tough dengan hal2 belajar kat u terus pergi bercuti dengan family. Terus lupa pasal result assignment or hal2 universiti or class, memang nak lupa sekejap. nak beralih sekejap hilangkan tekanan (padahal tengah cuti study week). yalah mata aku dah menunjukkan eyebag yang jelas dengan lingkaran yang menakutkan dan muka yang tak cukup tidur. sampaikan aku telupa pasal dinner kolej tak pergi pun tak apa tapi disuruh untuk pergi. kawan2 semua tegur. padahal mereka pun sama. bila tengok gambar time presentation tiga hari berturut2 yg diupload oleh azie dan athirah kat fb, seronok. tapi muka aku memang xboleh bla pucat dia dan kepenatan. aisshhh.

Terus sabtu lepas terbang ke kuantan pergi bercuti. ye, kuantan yang cantik pantai dia. nasib baik time tuh tidaklah hujan atau tidaklah terlalu panas. mandi laut tak ingat dunia. apa yang best lagi kalau pergi bercuti selain daripada family tercinta? ada feeling yang berbeza, iaitui DITANGGUNG (amboi kau nyah mata duitan).

ni haa rindu kak piah. fotogenik baby nie tau.

agak2 nyer ada gaya macam ibu muda dan anak tak? 
bercuti di pantai timur memang best. taulah koi ni orang pantai timor jugak ye dak. haa kan dah speaking temerloh. ye la mana lagi nak rasa keropok lekor pure rasanya yang banyak ikan, sotong goreng murah dan makanan2 laut?

pantai kat cherating waktu matahari nak terbit.. ni atime pukul 7 pagi tau cantik je pasangan suami isteri tu lalu situ :3

colourful selipar dengan pelbagai saiz dekat atas pasir pantai.. variation

pelampung anak2 buah.
istana pasir.
chalet, pak itam inn.
atau yang paling best shopping keropok and kerepek kat tanjung lumpur?

tanjung lumpur.

best dan meninggalkan banyak kenangan. bertambah lagi percutian dalam tahun 2012 ye. lepas ni kena fokus study. 

x.o.x.o

Yaya

Saturday, November 17

Everybody Finds Love in the End

First time aku dengar lagu yang baru release 17 november semalam, terus tersentuh. Terus suka. Terus fall in love. Terus download. Muzik dia beautiful dan ada perasaan tenang. Utada Hikaru is one my favourite singer. Sejak kecik2 dulu lagi dah minat dia. Hampir semua lagu dia aku suka, dan semua ada maksud tersendiri. Lagu terbaru dia - Sakura Nagashi buat aku tak tido malam.

Then aku tengok video clip lagu nie. Memang berseni. At the beginning dalam hati aku ''pebenda lar tunjuk2 gambar pokok, daun tumbuhan nie''. Then pada minit ke 2:54, pandangan aku terus berubah.

A baby's hand.


(lyrics)  
If you could hear the newborn’s cry, 
Sound and healthy
Ringing in the town you protected
I know you would be so pleased
The footsteps that continue after us

Totally change my perspective. Aku kan suka bayi. Sebab bayi itu suci. Bayi itu innocent. Bayi itu comel. Lagu ni lebih kepada perasaan cinta ibu kepada anaknya yang baru lahir. Lebih kepada perasaan manusia sesama manusia itu sendiri. Aku bet bukan semua orang minat apa yang lagu dan video clips ni persembahkan. Tapi setelah dengar lama2, dan tengok mv tuh, aku semakin faham. Aku rasa lagu ni untuk peperangan pun okay jugak. Sebab, selepas peperangan yang langsung tak bermakna dan hanya mendatangkan penderitaan, chorus lagu ni menegaskan;

"Everybody finds love
In the end"

x.o.x.o

Yaya

Thursday, November 8

Hello Johor Bharu!

Da seminggu balik dari johor dari ahad lepas, tapi sekarang baru nak update. Yalah balik2 je Isnin ade test, then next day site inspection, meeting kolej, presentation final project untuk kelas fotografi. Huh sekaranglah baru ada masa nak ber-blog, tuh2 pun curi2 masa tau. Malas nak upload gambar dalam fb sbb kat fb tuh uhuk2 dan lalalaaaa. Well kitaorang 4 orang pergi Johor for assigment research yang diberitahu before this. First time pergi Johor nie gembira gila. Dapat kereta sewa terus aku pecut drive, sebab jalan kat sini semua kene ikut jalan besar. Ni yang best nak racing nie, tpi disebabkan aku bawak nyawa 3 orang coursemate aku, tak jadilah, tetibe2 jadi pemandu paling berhemah pula kat situ. Kita berada di negeri orang tau, kene ikut peraturan (padahal dah hampir langgar traffic light merah brek tibe2 sampai tayar cengkam tanah, berderau jantung 3 orang kawan aku tadi XD). Sorry beb, aku x sengaja.

Hari first sampai terus pergi pejabat tanah galian dan hari kedua pergi pejabat tanah daerah dan jpph itu ini. Tapi satu yang paling aku respect ialah, staff kerajaan kat sini memanglah baikkkkkkkkk. Tolong kitaorang. Berbeza dengan dekat kL. Then round2 jb. Biarlah gambar2 di bawah memberitahu segalanya, sebab,,

sekeping gambar memberi 1001 makna.  ecehh

Day 1

Makan nasi goreng daging merah area taman merdeka. Seronok banyak giler kedai steamboat.

nasi daging merah, sedap dan banyak giler nasiknyer. 

lepas makan terus bergambar kat taman merdeka. macam ala2 dataran merdeka., mungkin?

le' cousemate : dila, jue dan naqib. suka gambar ni.


Day 2

-pusing2 danga bay, cantik, depan tuh singapore je
-pergi fun fair danga world, meriah lampu kelip2

glamorous ship. nak main 10hengget seorang.

ferris wheel. eye of danga bay. haaa. nie je kitaorng naik. x mahal sangat RM 4=4kali dia pusing.

signboard sesame street. depan tuh singapore? 


bunga gugur atas kereta sewa. cantik

Ayam perisa lemon. best. yang nie kitaorang makan mewah. siap ada tomyam , sayur dan ape2 lagi ntah. amboii x ingat dunia.

Day 3
heading to Legoland!!!! site inspection sekali dan main sampai 3 roller coaster!! heee. Sory lah gambar2 kitaorang x banyak sangat sebab lebih kepada theme parks tuh sendiri. but the real thing is, aku respect management staff legoland. staff sangatlah friendly. inilah perbezaan antara management under foreign company between the local. patutnya belajar dari mereka.

le' ticket. booking online dapat 25% discount.

le' hugeee sigboard atas bukit

le' main entrance. hiraukan aku yang kat tepi tuh =.=

le' friends. gegirl cik dila dan jue. comel.

aku n cik dila. macam2 budak2 je! haha

depan LEGO KINGDOM. macam kota inggeris.


buku pun lego. fuhhh ternganga :O

lego's keychain at souvernirs shop. RM 12.90 satu. =.=!

Main attractions - MINILAND
kat miniland ni aku being crazy! semua model building dari lego! nak shoot dari semua sudut taw, sory x letak banyak gambar.

masjid lego. cun.


penumpang baru sampai destinasi. KLIA. comel.


macam real kan?  


the photgrapher XD


bas khairul pun ada jugak. terbatuk2 siapa yang nama khairul.

Mood : super mode happy.

x.o.x.o

Yaya








Thursday, October 25

Light Painting

Selamat Hari Raya Aidiladha :). Banyak benda yang berlaku hari ni. Tapi tiga hari lepas yang paling seronok ialah kelas fotografi : LIGHT PAINTING. Seronok gila. Rupanya senang je nak set up kamera dpt jadi camnie asalkan pandai main masa and ada sources of light.

bentuk bunga dan rumah pun ada XD
Tapi ada new task: buat light painting yang ada makna tersendiri. dateline rabu depan. T.T
Sudahlah petang tadi sampai2 sini nak cuti raya terus jumpa kakak for research document. Then ter-inteview la officer yg memang tahu bab2 untuk research aku, sudahlah aku x prepare ape2 langsung. Akak aku pun ni satulah. Dan2 trus aku aku tanya itu ini dan his opinion too. Dan soalan yang aku nak sangat tahu jawapan,

"Purchaser kan tahu weakness conventional banking, dan kebaikan Islamic banking tu sendiri, tapi kenapa still ada orang yang nak buat loan through conventional banking?''

x.o.xo

Yaya

Sunday, October 21

Legoland?

Impian nak pergi Legoland akhirnya tercapai juga. But but but...

"I don't want go to Legoland for assingment!" - screammmm

Semua orang cakap best. But helooo siapa nak pergi Legoland untuk buat kerja valuation dan bukan main2? This is tough.

Assigment Question : Value the theme park that had chosen for your group. - Group 4 : Legoland

First dapat esaimen nie memang dilema. Mampu ke group kitaorang buat? Legoland baru sebulan buka compared to other theme parks that had been established. How to get the profit? Nak tukar subject property lain x? haaa =="

But after ask the senior, she says, "Accept it as challenge."

Then call the Legoland hotline. Macam biasa, main pass2 from the hotline to the Human Resources to the Research and Marketing and bla bla. Dapat approached someone, suaranya macam kacak, then sent the surat permission nanti dia pass kat orang atas. Tapi xtaw la nape gmail xbley nak sent last2 guna yahoo. And setelah hampir seminggu inilah hasilnya :-


Dear Ms

Dear Yaya



Thank you for your interest in learning more about LEGOLAND Malaysia.


I have read through your questionnaire but after deliberating with my superiors, we are unable to assist you as the information required is strictly confidential. However, you may access our website for layout plan details atwww.LEGOLAND.my



Thank you once again for your interest and I wish you and your team every success in your studies.




Best Wishes





.____________.  whyyy whyyy ohh whyyy

Sedih tau. Penat2 buat research sana-sini tiap2 hari me-google but, 'we must proceed what we have done.' 

Makin tough la nak dapat information. Bab kata Jue, "wat peta on the spot pun boleh. Jadi planner jap kat Legoland. Dah alang2 masuk sambil lukis, tulis, tanya, main2 jugak." Epic Jue, epic. Suka ayat kau. First time pergi Johor, first time la pegi Legoland

Ya Allah, harap urusan kami dipermudahkan di sana. 

CERITA 2 : 

Assignment Law : Based on the law cases given, you should be like in the real court situation. There are judge (i think it's lecturer himself), the respondent and the appellant.

Real Court Situation - Moot Trial

OMG. Jerit lagi. Bukan black&white only cam sem lepas. Yang nie moot trial+report+site visit+etc.   
And esaimen nie akan jadi macam ni :-


Image sources : http://media.al.com/birmingham-news-stories/photo/court-illustrationjpg-643cc6b481dde96f_large.jpg
Tulisan : sendiri punyer edit.

Aku akan jadi valuer/estate agent je kot, asal kene jadi macam lawyer or witness juga? T_T. Debate? i am fail lorhhh. Tapi nampak menarik kalau berada dalam real court situation. Well, separuh dari pengalaman pelajaran.

x.o.xo. 

Yaya

Saturday, September 29

Aku nak pergi Sawah Padi!

Kalaulah trip satu kelas or family day batch aku jadi minggu depan, Alhamdullilah. Aku dapat tengok pantai lagi, yang penting kaler biru sejuk mata. Kuantan, yes. No one can beat the beach of East Malaysia. Tahulah aku orang pantai timur kan, series selalu pergi Kuantan akan nampak pantai. Lepas tuh beli keropok lekor kat Tanjung Lumpur.

Kalaulah diberi peluang lagi, aku nak tengok sawah padi. Ya, sawah padi. Kenapa sawah padi? sebab dia hijau menguning. hijau menguning sejuk lagi mata ni. Tenang je. Lepas tuh ada rumah kampung ke. Orang-orangan ke. Sangat tradisional. Terasa dekat dengan entiti Melayu tuh sendiri. Eceh. Actually kalau nak tengok sawah padi cantik2 kat KEDAH. Aku ada sedara tinggal kat sana tapi da lama gila tak melawat. Then  aku x pernah tengok sawah padi terbentang luas yang cantik2 depan mata aku. Dekat Pahang mana ada sawah padi tinggi2 cuma kecik bape petak je. Arituh aku ada singgah kampung coursemate aku Husna kat Melaka kebetulan ada sawah padi tapi tak menghijau lagi. Terlepas T_T. 

Means kalau nak tangok sawah padi kat Utara la (alasan nak pergi berjalan.) Then boleh tangkap gambar banyak2 heee sesi photoshoot. Amboi. 

credit to tumblr

Sawah padi, tunggu aku akan datang!



Thursday, September 27

perlu

perlu bermuhasabah diri
perlu lebih rajin
perlu meningkatkan keyakinan diri terutama di hadapan orang, especially time presentation
perlu meningkatkan result exam yang makin menurun
perlu berusaha lebih keras
perlu lebih menghargai apa yang aku ada
perlu menghilangkan sifat jeles terhadap apa yang orang lain ada dan apa yang aku tiada
perlu berjimat cermat sebab sekarang hidup aku makin susah
perlu berhenti memikirkan soal duit, tapi kenapa segala-galanya memerlukan duit?
perlu berhenti terlalu merendah diri
perlu menyayangi keluarga dan parents
perlu sentiasa mengingati-Nya dan tidak meninggalkan solat
perlu menambahkan jumlah persahabatan
perlu menyayangi diri sendiri. 

Saturday, August 4

5 Lelaki yang Aku Suka

Tengah bosan tetiba nak tulis pasal benda ni pula (tak padan dengan bulan puasa ni). Haha. Kalau ada persamaan tuh terima kasih la ye. Alaaa x salah kan suka laki2 nie macam lelaki suka perempuan cantik macam Maria Ozawa. Opss.

1. Chad Micheal Murray


This is my first crush. Dulu ingat time2 sekolah tengok One Tree Hill terus terpandang mamat ni mak aihhh... terus jatuh hati. Ya, watak Chad dalam cerita tuh 'Lucas Scott' memang sweet yang amatttt. Masa dulu pernah berangan2 nak laki camni, sweet and charming. Tapi bila dah besar aku paham yang lelaki macam itu tak wujud. Then Chad berlakon dalam filem 'A Cinderella Story' bertambah suka la aku, dengan watak dia yang auww tuh. Well aku selalu jugak google gambar dia cuci mata..hehe. Tapi dah lama tak tengok dia berlakon dah kurang aktif buat relationship kitaorang semakin renggang (ecehh!)

2. Chace Crawford



Okay, Chace nie ada mata yang cukup sexyyyy. Mata dia cantek giler. Aku tengok dia dalam 'Gossip Girl' jadi Nate Archibald terus suka dia. Dah la dalam citer tuh dia seorang yang setia even menjalinkan hubungan dengan ramai perempuan. Semua orang tahu dia suka siapa sebenarnya sejak dari awal2 citer lagi .Well lagi satu aku suka Nate dia sangat sweettt. And he has a charm. Adakah aku memang tertarik pada lelaki yang sweet? Haohao

3. Ian Somerhalder


Yang ni pun perghh memang sexy. Aku baru layan citer 'Vampire Diaries' dan aku bet hampir semua orang especially perempuan akan tertarik dengan Ian Somerhalder. Dia jadi Damon Salvatore yang agak cruel sikit tapi sebenarnya ada side yang baik sebab tak mainlah nak tunjuk2 kan. Nama pun Damon kan sama dengan satu perkatan tuh. Well rupa2nya Ian dah berlakon dalam citer 'Lost' yang aku pernah layan 6-7 tahun lepas (season 1 je). Rupanya2 dia lah yang aku minat tuh. Ya, dia jadi Boone Carlyle yang hot tapi ada romantik feeling kat adik tirinya sendiri. Huh, apasal Ian suka main watak yang love is one-sided kasihan you tau but that's why i attract to you! Bagi aku muka Ian nie ada sikit persamaan dengan Chace Crawford especially mata diaorang yang sexy tuh. Tapi dua2 suka tak boleh nak pilih (tamak!).

4. Alex Pettyfer



Hi Alex the latest my bf wehuuu. Alex Pettyfer sehensem namanya sekacak orangnya. Boleh dikatakan sekarang aku paling minat dia. First aku tengok dia dalam 'I Am Number Four' mak aihhh hensemnyer. Geram tengok. Da la macho dengan muka yang agak innocent tuh. Then terus tengok dia dalam cter 'In Time' watak cruel gler cam mafia tapi hot glerr memang makin sukalah aku, even ada Cillian Murphy aku tetap suka Alex. Well Alex nie just setahun tua dari aku tu la yang buat kita dua orang sangat la sesuaiiii. Alex Alex i like you. Hee, slalu google gambar dia yang hensem tuh siap jadik model Burbery lagi.

5. Miura Haruma



Inilah satu-satunya bf Asia aku. Disebabkan aku peminat drama jepun memanglah dia yang paling menarik buat aku. Tinggi, hensem dan pemalu. First aku tengok dia dalam 'Koizora' yang sweet aku suka sikit2 lagi. Then lepas aku layan drama 'Bloody Monday' terus jatuh chinta! Jadik genius hacker yang sangat sayangkan family dan kawan2 dia. Da la setahun tua dari aku memanglah kitaorang ditakdirkan bersama eceh! Miura jugak boleh berlakon jadik kelakar macam dalam citer 'Samurai High School'. Aku memang suka dia sejak dari dulu lagi bagi aku tiada yang boleh lawan dia. Even sekarang zaman kpop pun memang tak ramai laki macho korea sebab ramai yang jambu x minatlah -,-. Tapi ada certain yang macho cam TOP Bigbang dan Taecyon 2PM itu aku suka tapi tetap tak boleh lawan Miura! Dia seorang yang sangat versatile dan ada style tersendiri itu yang aku suka!

Well berdasarkan pengamatan aku, aku memang mudah tertarik pada laki yang sweet dan style. Kalau fizikal tuh semua orang pandangkan, tapi asal sedap mata memandang sudah. Kalaulah orang tuh tahu pasal ni, mesti dia perli aku kan. Well we are friends lah =).















Thursday, August 2

Bukan Senang nak Plan Berbuka Puasa

Sejak first Ramadan lagi aku dah plan nak buka puasa dengan kawan2 yang terchenta. Bukan senang nak bagi semua ada, at the last 3 orang je. Yelah yang sorang lagi tuh busy dengan projek kolej dia. Akulah yang jadi orang tengah kepada mereka, text through sms or twitter. Plan yang dirancang arituh juga menjadi sebab  nanti macam2 hal diaorang ni yang akan bertindih2 aduyai... Tapi Alhamdullilah, berjaya juga aku berbuka puasa bersama mereka wehuuu!

Hanyalah aku, si cantik Nazihah dan si kacukan Sharmaine Marsella. Sorylaa Ainaa Kamaruddin sekali lagi awak xde bersama kami, sebab awak kannn busyyyy orang nyer =P. Awak jangan nanges ye. Macam2 cerita keluar masa time2 old skool kat sekolah then gosip2 ya Allah sampai tak ingat diri tuh puasa.

Tiga orang nie memanglah kampung dan tak tahu malu tangkap gambar tanpa hirau orang sekeliling. =.=
Lepas raya ingat nak plan pergi bercuti ke apa, tapi kenapalah awak Sham nak pergi balik UK da T_T.... Btw aku memang berminat nak pergi bercuti dekat sana memang Sham da ajak duduk bilik dia, tapi dah dikira2 kos dia alahai... tetap cekik darah jugaklah. Bilalah aku nak pergi bercuti kat luar negara eh (cehh cakap macam ada duit tapi zerooo). Even bercuti dalam negara pun aku nak! Ya, nie lah list aku nak pergi!

1. Legoland Malaysia, akan dibuka september nie

2. Air Terjun Lata Jarum atau mana2 je. Lata Jarum air dia sejuk woo dan fresh! Nak pergi lagi (raya taun lepas)

3. Pantai, paling dekat dengan aku Teluk Cempedak, pergi dah banyak kali. Okay aku pernah pergi pantai PD tapi ntahla, macam ada something wrong dekat situ, maybe tempat tuh pantai dia yang aku salah pergi kot. Tapi kalau kat TC boleh bau pantai dia, boleh dengar bunyi ombak dan boleh rasa 'natural'.

4. Sungai yang boleh kutip siput (?). kazen aku pernah pergi kutip siput bila aku dengar rasa macam kembali ke zaman old days! 

5. Kedah, sebab ada sawah padi. da lama nak tengak lalang yang kuning time musim menuai sambil bersama orang-orangan. Seumur hidup aku x pernah tengak lalang secantik itu.

Okay, back to basic, Sham aku harap kita contact selalu okay. To Jeah, aku nak jadi patient awak yang first nanti time awak practical! Gembira nak bagi awak check gigi saya even malu. Haha. Lupa, buka puasa tadi aku order chicken Chop. Memang x sedap! Well dalam bab2 makanan kan aku jujur dan cerewet, tapi tetap habiskan sebab membazir tuh. Nasib baik cappucino dye sedap.

nampak je sedap tapi...
p/s: well memang lama jugak nak transfer gambar2 tdi sebab mr. lappy yg handsome nie tibe2 xde bluetooth pula... wifi pun sama. asal awak mr lappy haa. btw, aku berjaya memuaskan hati aku dengan mengedit gmbr2 tersebut and this is my favourite <3

cela tanya camne edit? aku jawab 'rahsia' hehe






Friday, July 20

RAMADHAN YANG SAYU

Sudah mula solat terawih. Saya nak ucapkan Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Walaupun Ramadhan ini dirai, tapi Ramadhan kali ini adalah yang sayu buat saya :'(. Kalau siapa yang tahu sebabnya, terima kasih. Yalah, sambut puasa bila berjauhan dengan mak yang busy jaga Abah yang sakit dekat hospital. Risau tau dan hanyalah telefon sebagai penghubung. Tiadalah kan mak nak kejut bangun sahur dan Abah call suruh bangun sahur. Tiadalah kan nak berbuka bersama2 parents sendiri kan. Dan Tiadalah kan nak tengok mak abah bawak balik makanan selepas habis solat terawih. Harap2 lah Abah cepat cepat sihat, doa banyak2.

Tapi bersyukur sangat2 masih ada kakak, abang, adik tersayang yang sentiasa bersama ;). Dan juga anak buah yang comel bising2 kat rumah nak teman buka puasa. I love my family =).

Salah seorang kekuatan saya yang sangat berbakat sebagai pereka.. <3
Mood : Sounds Under Radio - All You Wanted





Tuesday, July 17

Kuatkan Semangat

Sejak seminggu lepas, hidup memang downn sangat tapi sekarang Alhamdullilah dah baik sikit. To Abah, semoga selamat menjalani operation kat Kuantan. Ye, sebulan lepas abah jatuh dan retak tulang pada tempat yang sama dia jatuh tangga 10 tahun lepas. Bila tahu abah kene masuk wad sedih betul . Kemungkinan Abah dah sukar nak bekerja balik. Yalah tulang belakang tuh kan main dekat body kita.

Betullah orang cakap, kalau something happen kat family kita memang kita mudah patah semangat especially your parents. Tapi diri ini kene paham yang ibubapa sudah meningkat tua. Dan sudah tiba masanya kita jaga mereka, dan bukan lagi mereka yang jaga kita.

Jangan cakaplah berapa lama masa termenung terkenang masa hari-hari lepas ini,
Jangan cakap berapa banyak air mata yang menitis
Jangan cakap berapa banyak mulut yang mengata yang marah-marah

Waktu sekarang adalah waktu yang sangat sukar buat diri
Yang banyak ajar sendiri menjadi seorang yang bertanggungjawab.

Tuesday, July 3

true



only certain people can understand this.
#truefacts
#realconfessionaboutheart

Sunday, June 24

Tabik Kisah Percintaan Kakak

salam perkahwinan kepada kakak tercinta

minggu ni busy betul dan rush dengan banyak benda. Lepas final paper selasa lepas terus balik rumah esok malamnyer yelah rumah ade kenduri. apa2 pun selamat hari perkawinan pada kakak saya, kakde sabtu lepas. memang ramai tetamu datang, penat jangan cakaplah. nasib baik goodies habis dan tiada lebih. well at least family saya dah bertambah seorang. selamat datang abang ipar ke family encik Wahab. semakin besarlah dan berkembanglahkan. dan semakin sempitlah rumah teres saya, haha. at least family sendiri bahagiakan. Alhamdullilah.


saya tabik dengan kisah percintaan kakde saya dan kaktam saya (yang kini dah ada anak). mereka semua bercinta bertahun2 baru kahwin. lama tau bertahan sampai nak dekat lima tahu lebih, even ada konflik sikit pun dyeorang pandai selesaikan sendiri. relationship diorang boleh dikira lama betul dan bertahan sampai ke jenjang pelamin. sepanjang zaman saya sekolah menengah saya saksikan sendiri mereka berkenalan, datang time raya dan akhirnya menjadi family jua. they find their true love by a long relationship, so sweet. lain plak dengan saya baru kenal berbulan-bulan dah boring (opps!). mesej2, chatting dan akhirnya hilang macam tuh saja. saya garang sikit kalau x suka saya cakap je tak suka. haha.

gambar paling disukai with my lovely mak. haha
anyway, happy wedding day kakde. thanks untuk jasamu selama ini kat family kita. Amin.

Tuesday, June 19

Gyoza

FAREWELL, LAST PAPER

exam da abes. Alhamdullilah. even sem nie saya rasa teruk giler ngan esaimen dan carry marks yang kurang, tapi at long last kene struggle ngan final exam. well ade satu paper yang saya memang kecewa sangat, and harap2 lulus (ada bad feeling sal bende nie hati tak tenang berhari2.). semoga dipermudahkan. 
lepas last paper tdi terus pergi Mid (mid je ke?) sebab nak makan. punyalah pikir nak makan apa. last2 teppanyaki kat lower groud tuh juga masuk. tapi kan, series X sedap. ulang, x sedap. saya amek teppanyaki. chicken alahai rasa dia cam bese je. sedap lagi makan kat sushi king series lagi rasa kejepunan die. sos dye sedap n sushi pun sedap. ye la saya dalam bab2 makanan nie cerewet. kalo saya cakap sedap, sedaplah. kalo x sedap, memang direct saya cakap x sedap. agaknya orang yang buat tuh bukannya jepun, siam ke kemboja ape ntah pelik je loghat dia. tapi dapat juga merasa Gyoza yang saya pernah tengok dalam drama jepun yang saya layan. not bad tapi cam leper sangat sepatutnyer gebu skit. but rase crunchy dye sedap. =)

gyoza

well tadi da telan feveret chocolate cream chip. amboi macam2 dalam perut nie. =.=!

Tuesday, May 29

Girlfriend forever!

Baru je semalam date dengan dia tapi sekarang dah rindu balik.
 :(( Mari saya perkenalkan my bestie and my girlfriend forever sejak zaman sekolah, Nazihah Shukor. Dia seorang gadis yang comel, cantik, pandai, baik, ayu, bermata galak, putih dan  mempunyai senyuman yang bisa mencairkan hati seorang lelaki.. (cewahh!). Yelah bakal dentist professional siapa tak nak? dia single lagi tau =)

so semalam kami berdua borak2 dengan life masing2, nazihah shukor tau tak rasanya da berbulan2 kita tak berjumpa. sampaikan awak ada hanphone baru samsung galaxy S saya pun tak tau taw. yelah, masing2 sibuk sangat dengan hal universiti walaupun u dia dekat je ngan saya, UKM je pun. takpe saya maafkan awak sebab lama tak contact saya. tapi nape awak da delete blog awak? tak dapatlah nak stalk :(


well tadikan saya explore foto2 zaman sekolah dalam mr. lappy saya, dan akhirnya saya jumpa sekeping foto yang sangatlah berharga. ya, nie lah gambar kita berdua 6 taon lepas tahun 2007. masa sekolah2 dulu memang kita baik tau. setiap hari balik sekolah sama2, jalan kat jejantas sama2 dan rehat pun sama2. saya selalu tanya awak pasal subjek kimia sebab awak memang terer kimia kan. heii rindunya masa dulu. semuanya bersama. rasannya sekarang kalau cuti sem tak lepak ngan awak tak lengkap taw.

masa nie umur 16 tahun, pakai baju sukan sekolah+tracksuit. lencana kebanggan ABS. =)

sekarang masing2 da besaq panjang nak jumpe pun susah cuti dah tak sama. ainaa kamaruddin jangan jeles tau kiteorang lepak smalam yelah siapa suruh keje bile cuti sem kan...haha. takpe2 nanti kita keluar triple together2 ye. ye la korang semua kan comel2 belaka. heee

kalau orang tanya siapa bestfriend saya, saya akan jawab Nazihah Shukor. =)

Sunday, May 27

Unfinished Novel

i just remember two months ago, by reading the synopsis only, i fall in love with this novel. Immediately bought it, it is so worthy with the reasonable price. The first day read it, till +50 pages, and the second day reached to +80 pages.

dark, mystery, tense and teen ----> my taste

but what happen the rest of 3/4 the pages of the novel? sorryy,, i am kind busy with the assignment and presentation lately. then, this is study week, final exam for the next.... T.T
postponed to read this novel again, cuz i knew when i read it i determined to read till the last page.
i want to know what happen to Willow. 
i want to know about her father.
i want to know her relationship with her enemy Alex.
i want to know her special power to see the future just by touch the person,
and i want to know EVERYTHING!

fall in love just by reading the synopsis.

well i know the second part of this novel has published, and the third one will coming soon at this October. be patient, your exam is the most important.