Sunday, July 3

Bayi Montel 12 kg => Comel!!

Haa nie aku just nak share satu berita daripada suratkhabar yang aku baca semalam. Menarik woo, amazing sangat beb. Sampai kakak2 dan adik aku juga baca. Just aku ringkaskan je la yea.



BESUT 1 Julai - Seorang bayi lelaki berusia hampir tujuh bulan dari Kampung Gaung, Jerteh dekat sini menarik perhatian penduduk sekitar kerana saiznya lebih besar berbanding bayi seusianya dengan berat badan 12 kilogram.

Bayi tersebut dilahirkan secara normal pada 14 November tahun lalu dengan berat 3.6 kilogram dan hanya diberi susu badan oleh ibunya.Berikutan saiz badannya yang montel itu, anak bongsu daripada empat beradik itu kini boleh memakai seluar pendek milik abangnya, Fayyadh Darish, 4.

Ibunya Zulida ketika ditemui di rumahnya memberitahu, lazimnya bayi seusia Ahmad Faleeq mempunyai berat badan kira-kira tujuh kilogram.Katanya, saiz dan berat badan anaknya itu membuatkan dia cepat penat apabila mendukung Ahmad Faleeq.
Katanya, semasa mengandungkan bayi berkenaan, dia tidak mengambil sebarang makanan tambahan dan apabila bersalin berat anaknya sama seperti bayi lain.
Menurutnya, khuatir dengan tahap kesihatan anaknya, dia membawa bayi berkenaan ke klinik kesihatan di Jerteh untuk pemeriksaan dan doktor mengatakan bayinya itu tidak mengalami masalah obesiti kerana hanya diberi susu badan.

Saiz tubuh bayi berkenaan menyebabkan kediamannya sering dikunjungi penduduk yang 'geram' melihat kemontelannya.

Haa...nie la gambar baby tuh... Comel kan?? Alolo~~~ omey nyer awak, rase nak cubit je saya.

Nak baca full artikel nie, pergi dekat sini

Kalo aku jumpa bayi tuh, aku pun geram beb. Saiz dye teramatlaaaa comel, ngan kulit licin tu haa. Sampaikan seluar pendek abang dye pun dah boleh muat =.= Wowww. Lagi satu, harap bayi tuh sentiasa sihat dan comel selalu bebeh.. yaww~~

No comments: