Wednesday, December 17

Hello Utara! Part 3 ~ WANG KELIAN, PERLIS-THAILAND

Selepas Penang dan Kedah, hari lastnya pergi ke Wang Kelian ~ tempat shopping murah sempadan Thailand!

5th day

Last day paling best sebab pergi Wang Kelian yang terletak kat sempadan Perlis- Thailand. Nak pergi sana kena lalu jalan curam dan berbukit so kena bagi orang yang expert drive jalan2 macam ni. Kami tolak awal dari sungai petani, dalam 2-3 jam sampai, lalu dalam 3 checkpoint Malaysia. Pasar tuh sebenarnya sudah terletak dalam negera Thailand, so parking kat luar je dalam sempadan malaysia, ada pejalan kaki nak masuk situ. Kalau hari selain sabtu ahad kena bawak passport kalau nak masuk, tapi sabtu ahad boleh masuk free-free je sesuka hati. Kereta pula boleh nak masuk sempadan pasar tuh tapi kene register dan bayar la. Sepanjang laluan pejalan kaki memang meriah orang membeli-belah. Harga kat sini semua murah2, periuk, toto, patung mainan, baju, dan macam2 lagi lah. Nasib baik cuaca harituh tak panas sangat.

Area tempat parking

kaki lima

pintu masuk.

haaa adik koi

wang kelian (perlis) dan satun (thailand)

pejalan kaki.

sempadan.

dah masuk thailand!

sempat lagi



keadaan pasar

barang mengkuang yang memang murah!

fridge magnet


lepas penat shopping rehat jap kat lakkhet coffee.

machiatto

chocolate yang memang pure rasa coco dia!

then makan tengahari kat sini. tomyang kung wang kelian-thailand

tomyam!

family2 

inilah hasilnya 2 plastik besar!

bergambar kat sini jap!

thailand immigration.

sementara menunggu yang lain abes shopping.

map sempadan.

last shoot.

Alhamdullilah dapat juga jejak kaki ke Thailand even sempadan je haha. Percutian tak sengaja di 3 negeri (penang kedah perlis) dan satu negara (thailand) yang best!! 
Terima kasih embong bawak kereta dan terima kasih family pakcu!
Masa depan nanti nak ajak family2 aku datang sini pulok XD

Yaya


Hello Utara! Part 2 ~ KEDAH

Selepas Penang, pergi belah Kedah pulak.

3rd day

Pagi dalam pukul sebelas pergi pasar tani sungai petani. Aku seronok tengok mak-mak beli rempah dan ikan pekasam. Ye ikan pekasam yang sedap baunya. Dua jam lepas tuh pakcu ajak terus pergi makan Naim Gulai Sembilang yang feymes kat Tanjung Dawai, dalam masa sejam dari sungai Petani konvoi dua kereta. Perghh kari ikan dia memang sedap, campur asam pedas ikan pari. Kedai ni memang terkenal masa pergi ramai orang. Yang best nyer dia jual rempah kari ikan homemade yang instant mudah nak masak. Mak suruh aku rembat 4 bekas sekaligus.

ikan pekasam sedap woii
kedai ni feymes area sini. naim gulai sembilang

kari ikan sembilang.

sotong masak tepung.

asam pedas ikan pari

lunch kitaa

Lepas makan terus gerak pergi Jeti tanjung dawai tengok laut. Macam paham2 je aku suka tengok laut kan. Kat situ ada Arked Tanjung Dawai yang jual pelbagai hasil laut kering dari laut tuh sendiri. Rambang mata mak-mak ni tengok weyhhh. Sotong kering pun ada gila murahh. Lepas mak-mak ni shopping pergi ke jeti gila cantik laut dia. Aku siap rakam laut berdesing lagi. Tapi x melepas nak naik bot pergi pantai merdeka belah pulau sana isteri kazen aku cakap ada expo kat situ. Kalau naik bot pergi balik RM4 kira RM2 sehala.

tempat jual makanan kering -arked tanjong dawai.

dalam ni ada banyak kedai

panorama view.

batu laut

jeti tanjung dawai

keadaan laut. cantikkk

sejuk mata kan

banner. mak XD


Pergi ke laut done. =D

4th day



Hari keempat tak jalan sgt sebab tunggu adik aku dari UUM datang hikshiks :D. Tengahari tuh adik aku datang. Cuma petang tuh mak-mak pergi shopping kuih kat Bahulu Kampung Huma. Gler murah kedai tuh jual macam2 mini karipap, loyang, mini cupcake dan macam2 kuih kering. Kedai tuh dekat je dalam 10minit dari umah makcu aku, dan kedai tuh dalam kawasab rumah owner tuh. Jimat kos. Siap ada jambatan kecil nak melintas sana. Kedai dia pun beraircond dan pekerja dia pun peramah. Mak-mak ni shopping beratus2 kat situ. Adalah dalam sejam lebih kiteorang menepek kat situ 

jambatan kecil comel.

bunga tepi jambatan XD

keadaan kedai bahulu kampung huma. banyak glerrr

rambang mata dan murah2

dalam bakul tuh mak2 borong XD

buaian cantik luar kedai.

Alhamdullilab perjalanan hari ni.
Perjalanan seterusnya ke Wang Kelian.

Yaya



Hello Utara! Part 1 ~ PENANG

Secara tak sengaja aku telah terpergi ke Penang bila makcik aku ajak mak sebab dia ada meeting kat sana. So disebabkan mak nak ikut aku pun terikut sekali. Jadi kami berempat, aku, mak, embong dan chik. So ni dikira percutian mak-mak la ye. Memang best la sebab sambil2 tuh nak melawat makcu aku kat kedah so ni holiday belah2 utara la :D

1st day - Seberang Jaya, Penang
2nd day - Penang Hill & Sungai Petani, Kedah
6th day - balikkk

Actually aku pun tak tersangka dapat berjalan2 belah utara 3 negeri sekaligus dan satu negara oversea (Thailand). Terima kasih pakcu yang memang baik hati bawak kami jalan2 dan siap belanja makan sekitar Kedah dan Perlis. 

1st Day.

Dari keyel bila sampai penang dah petang so terus check in. Nak cari hotel ni aku guna waze dan tersalah masuk simpang sampai naik Jambatan Pulau Pinang haha. Embong cakap xpelah ronda2 sebab aku memang jakun nak tengok jambatan pulau pinang. Hotel tuh tak sampai pulau pun dia terletak kat belah tanah semenanjung. Nak dijadikan cerita embong aku ni booking bilik yang family suites punya so memang besar laa dapat 2 katil king size agak2 lebih seploh orang boleh tido. Tapi makcik aku tak kisah sebab dia boleh claim kat company dia ikut pangkat dia :D

Petang Malam tuh memang kami jimat makan sebab bawak bekal. Mak2 ni suka masak taknak tinggal dalam peti dan siap buat asam buah lagi :D

Jambatan Pulau Pinang

Keadaan dalam bilik hotel. Cantik.

Lobi hotel besar tiptop

Bekalan dari umah makan kat sini murah dan menyihatkan.



2nd day.

Pagi tuh sebelum embong g meeting kteorang brekfes dulu kat hotel. Memang banyak pilihan menu dia rambang mata. Chik dah beberapa kali round makan. Aku nak bagi 4 bintang kat hotel ni. 

Breakfast nasik lemak dan bubur.

buat kopi dalam bilik sementara menunggu orang meeting.


So lepas embong abis meeting petang tuh aku ajak g penang hill. Sebab satu je aku nak tengok love chains yang feymes tuh. Tiket tren naik atas pun xla mahal sgt rm8 kalau bawak ic. Cuaca dia sejuk berangin tapi tak sesejuk cameron. Nama lain penang hill ialah Bukit bendera, dalam banyak2 bunga kat situ aku terjumpa my feveret daisy! Jakun kejap. Nak round2 jalan kaki kat sini memang besar dan penat so kteorang just guna khidmat kereta pelancong. Bayar rm30 tuh satu kereta dalam masa 25 minit. So dapatlah round2 penang hill dan driver tuh stop2 kat checkpoint menarik nak tangkap gambar. Boleh nampak satu pulau pinang dari atas bukit. Masa aku pergi tak ramai sangat orang tuh yang best tuh tenang sikit. Lewat petang tuh terus gerak balik rumah makcu dekat sungai petani. Rupanya dekat je dalam masa sejam.

area tempat parking.

area kaunter tiket. 


keadaan tren.

jadi bunga.

mak koi

tren. bodyguard tuh menyibuk

susunan.


boleh tengok view satu pulau pinang atas bukit nie.

kunci paling kukuh.

love chains!

daisy

peti surat.

haa aku tak tahu ape benda ni.

jalan ke tren

tingkap ciri2 bangunan klasik.

kereta api lama XD

biru lauttt
Memang seronok pergi penang hill. Ada masa nanti nak pergi lagi.
Sambung part seterusnya, belah Kedah pula.

Yaya