Wednesday, December 17

Hello Utara! Part 2 ~ KEDAH

Selepas Penang, pergi belah Kedah pulak.

3rd day

Pagi dalam pukul sebelas pergi pasar tani sungai petani. Aku seronok tengok mak-mak beli rempah dan ikan pekasam. Ye ikan pekasam yang sedap baunya. Dua jam lepas tuh pakcu ajak terus pergi makan Naim Gulai Sembilang yang feymes kat Tanjung Dawai, dalam masa sejam dari sungai Petani konvoi dua kereta. Perghh kari ikan dia memang sedap, campur asam pedas ikan pari. Kedai ni memang terkenal masa pergi ramai orang. Yang best nyer dia jual rempah kari ikan homemade yang instant mudah nak masak. Mak suruh aku rembat 4 bekas sekaligus.

ikan pekasam sedap woii
kedai ni feymes area sini. naim gulai sembilang

kari ikan sembilang.

sotong masak tepung.

asam pedas ikan pari

lunch kitaa

Lepas makan terus gerak pergi Jeti tanjung dawai tengok laut. Macam paham2 je aku suka tengok laut kan. Kat situ ada Arked Tanjung Dawai yang jual pelbagai hasil laut kering dari laut tuh sendiri. Rambang mata mak-mak ni tengok weyhhh. Sotong kering pun ada gila murahh. Lepas mak-mak ni shopping pergi ke jeti gila cantik laut dia. Aku siap rakam laut berdesing lagi. Tapi x melepas nak naik bot pergi pantai merdeka belah pulau sana isteri kazen aku cakap ada expo kat situ. Kalau naik bot pergi balik RM4 kira RM2 sehala.

tempat jual makanan kering -arked tanjong dawai.

dalam ni ada banyak kedai

panorama view.

batu laut

jeti tanjung dawai

keadaan laut. cantikkk

sejuk mata kan

banner. mak XD


Pergi ke laut done. =D

4th day



Hari keempat tak jalan sgt sebab tunggu adik aku dari UUM datang hikshiks :D. Tengahari tuh adik aku datang. Cuma petang tuh mak-mak pergi shopping kuih kat Bahulu Kampung Huma. Gler murah kedai tuh jual macam2 mini karipap, loyang, mini cupcake dan macam2 kuih kering. Kedai tuh dekat je dalam 10minit dari umah makcu aku, dan kedai tuh dalam kawasab rumah owner tuh. Jimat kos. Siap ada jambatan kecil nak melintas sana. Kedai dia pun beraircond dan pekerja dia pun peramah. Mak-mak ni shopping beratus2 kat situ. Adalah dalam sejam lebih kiteorang menepek kat situ 

jambatan kecil comel.

bunga tepi jambatan XD

keadaan kedai bahulu kampung huma. banyak glerrr

rambang mata dan murah2

dalam bakul tuh mak2 borong XD

buaian cantik luar kedai.

Alhamdullilab perjalanan hari ni.
Perjalanan seterusnya ke Wang Kelian.

Yaya



No comments: