Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Tuesday, June 16

Mengular di Seksyen 7, Shah Alam

Misi mencari baju raya dekat shah alam, berakhir dengan kepuasan sejati bila mata sejuk dengan kaler2 shop lot kat situ. Aku suka pergi sini sebab banyak shawl quality cantik2 dan ramai peniaga Melayu. Yelah semua butik online instagram bertapak kat sini. Alhamdullilah. Akhirnya dapat beli dengan duit kerja sendiri. Puas sangat dengan kualiti kain.

Arah perjalanan 14th June 2015

Restoran Garuda Baru Nasi Padang ---> Calaqisya ---> Dear Solehah Boutique --- Radiusite ---> Bokitta ---> Laman Seni 7

Hanger comel dekat salah satu kedai kat situ. So vintage.


Curly handsocks yang memang dah lama aku cari. Before ni tengok kat ig je. Sekarang bila dah dapat terus pakai kaler hot pink tuh. Suka sebab dia tak panjang sangat, setakat dari nadi tangan sampai separuh siku. Bila pakai nampak sangat elegan sebab pattern curly tuh, dan semestinya dapat tutup aurat dengan jayanya, Beli dekat butik DearSolehah.



Cantik kan bila pakai ngan tshirt nie. Certain baju aku lengan tak panjang sampai tutup pergelangan tangan. Pakai ni rasa selamat je, dan penting you still fashionable. I wear BK nail polish hot red.

Pintu masuk butik Calaqisya yang memang cool. Love pink.

Hiasan dalaman butik Calaqisya. Memang sejuk mata memandang guna kaler hot pink.

Hiasan main entrance butik DearSolehah yang guna kaler pastel turqoise. Suka vintage dia.

Hasil ahad lepas.

Barang belian. Hasil2 yang comel lote:-
1. Calaqisya hot pink shawl
2. Nur Aurah Curly handsocks from DearSolehah
3.Light  Pink Jubah Dearsolehah
4. Dusty Puprle shawl Dearsolehah.
5. Paris brooch needle for shawl

Sudut yang disukai dalam butik Dearsolehah. Mendalam sangatt.


Alhamdullilah bila dapat beli dengan duit rezeki sendiri. Lepas ni boleh kumpul high quality shawl bila ada extra money. Beli yang branded sikit lain dengan shawl yang slalu aku beli kat masjid jamek or muaz textile. Kualiti kain pun lembut macam yang kat mekah punya. Rasa gembira je pergi kedai2 kat sana sebab interior design dia awesome.

Yaya.

Wednesday, December 17

Hello Utara! Part 3 ~ WANG KELIAN, PERLIS-THAILAND

Selepas Penang dan Kedah, hari lastnya pergi ke Wang Kelian ~ tempat shopping murah sempadan Thailand!

5th day

Last day paling best sebab pergi Wang Kelian yang terletak kat sempadan Perlis- Thailand. Nak pergi sana kena lalu jalan curam dan berbukit so kena bagi orang yang expert drive jalan2 macam ni. Kami tolak awal dari sungai petani, dalam 2-3 jam sampai, lalu dalam 3 checkpoint Malaysia. Pasar tuh sebenarnya sudah terletak dalam negera Thailand, so parking kat luar je dalam sempadan malaysia, ada pejalan kaki nak masuk situ. Kalau hari selain sabtu ahad kena bawak passport kalau nak masuk, tapi sabtu ahad boleh masuk free-free je sesuka hati. Kereta pula boleh nak masuk sempadan pasar tuh tapi kene register dan bayar la. Sepanjang laluan pejalan kaki memang meriah orang membeli-belah. Harga kat sini semua murah2, periuk, toto, patung mainan, baju, dan macam2 lagi lah. Nasib baik cuaca harituh tak panas sangat.

Area tempat parking

kaki lima

pintu masuk.

haaa adik koi

wang kelian (perlis) dan satun (thailand)

pejalan kaki.

sempadan.

dah masuk thailand!

sempat lagi



keadaan pasar

barang mengkuang yang memang murah!

fridge magnet


lepas penat shopping rehat jap kat lakkhet coffee.

machiatto

chocolate yang memang pure rasa coco dia!

then makan tengahari kat sini. tomyang kung wang kelian-thailand

tomyam!

family2 

inilah hasilnya 2 plastik besar!

bergambar kat sini jap!

thailand immigration.

sementara menunggu yang lain abes shopping.

map sempadan.

last shoot.

Alhamdullilah dapat juga jejak kaki ke Thailand even sempadan je haha. Percutian tak sengaja di 3 negeri (penang kedah perlis) dan satu negara (thailand) yang best!! 
Terima kasih embong bawak kereta dan terima kasih family pakcu!
Masa depan nanti nak ajak family2 aku datang sini pulok XD

Yaya