Tuesday, February 26

Kelahiran Semula

Kehidupan universiti bermula semula. Even macam tak nak hadapi sem baru, tapi apa yang pasti sem ni mesti lagi busy. Well umur dah besar panjang mesti semakin kurang masa. Projek paling besar ialah Intergrated Project (research dekat oversea) dan thesis. Thesis? ohh ramai yang tanya ''kau dah cari tajuk thesis?''. Terkesima sekejap. Bapak awal. Tiada ape2 idea lagi.

Pasal pointer, aku harap semakin menaik. Sem lepas telah memberi harapan semula setelah banyak berusaha, di saat diri yang tak comel ni semakin keliru dengan study selama lima sem. Well, apa yang aku belajar ialah jangan sesekali putus asa. Kalau nak sesuatu, jangan malas.

Harap juga hidup berjimat-cermat demi bayar untuk IP yang costly itu. Walaupun aku bukan datang dari keluarga yang kaya-raya. or berada. Biarlah bersederhana dalam apa jua keadaan. Jangan ikut pepatah melayu 'biar papa kedana, asal bergaya'. Macam orang itu. Well, tak nak cakap apa2. Macam aku, rileks je.


Yaya

Sunday, February 10

Kisah Pinggan pada Hari Raya Cina.

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia =). Actually raya cina tahun ini agak meriah sikit kat tempat aku, semalam fuhhh berdentum2 mercun pong-pong lewat malam. Yalah raya mestilah ada mercun nak bagi meriah sikit. Hari ini 10 Februari jiran Cina depan rumah aku ajak satu family datang makan rumah diaorang. So aku pun apa lagi pergilah makan free kot. Tak payah nak risau pasal makanan semua makanan dia katering, sebab menu dia memang kemelayuan pun : nasi dagang, roti jala, kuih lepat pisang, sambal budu, ayam goreng, karipap and kuih muih lain. Aku pun balun la nasi dagang perghh memang sedap la kuah dia. 



Satu yang aku nampak pasal makan2 masyarakat Cina ni kan, diorang sangat simple. Hanya bagi pinggan plastik pakai then buang, air pun air kotak yang direndam dalam ais nak bagi sejuk. Semuanya segera. So tak payah nak basuh2 pinggan. Tak macam orang Melayu (berdasarkan pengalaman dalam bab2 kenduri kat rumah sendiri), yang katering pun akan diisinya dalam bekas yang cantik2. Lepas tuh pinggan dan gelas pulak memang yang jenis duduk dalam almari berkurun2 yang hanya untuk digunakan sekali-sekala. Kadang2 aku pun tak pernah tahu adanya pinggan yang cantik kat rumah aku sendiri. Biasalah mak2 kita kan hobinya menyimpan pinggan dan tupperware. Sampaikan semalam tibanya katalog tupperware jenama Epal kat rumah. Seperkara lagi mak aku ni jenis tradisional orangya. Semua kene buat sendiri : basuh pinggan dan gelas.

Ohh ya, semalam munculnya pelangi depan rumah aku. Apalagi teruslah snap picture. Serius dah lama tak tengoh pelangi weyhh. Sungguh indah kejadian alam. Terasa hati ni tenang sikit. Teringat pulak zaman kecik2 dulu selalu nak jalan atas pelangi. Lepas tuh fikir macam manalah pelangi tuh timbul dari hujung sana ke hujung satu lagi. Selalu berangan2. Then satu lagi yang tak pernah lupa ialah aku pernah mimpi planet marikh tuh betul2 dekat gler dengan bumi depan rumah aku, macam dalam gambar ni. =.=

Pelangi depan rumah.

Pelangi yang cantik.

Yaya




Tuesday, February 5

Harta Karun Sebenar

*khas untuk orang yang tanya aku layan lagu apa, aina kau orang ke2 yang tanya heeee*

Semua orang suka dengar lagu. Semua orang suka dengar muzik. Tak kiralah lagu genre apa pun, setiap orang pasti ada lagu feveret masing2. Sama macam aku jugak, aku ada lagu evergreen yang dengar banyak kali pun telinga takkan bosan. aku jenis yang dengar semua jenis lagu tak kiralah lagu omputih, jepun ke, lagu melayu lama ke asalkan masuk kat jiwa ni (cewahh). Actually aku sangat kurang pada mainstream or lagu yang main kat radio (tapi kalau dah sedap dengar tuh terus tanya kawan). Aku lebih pada lagu yang jarang yang orang dengar. Sebab tuh la sorang kawan ni yang lepak dekat bilik tanya, "Lagu apa ni? Tak pernah dengar pun."  Dan aku jawab. ''Lagu background untuk drama series haa".

Kalau lagu omputih tuh lebih pada soundtrack movie atau series diaorang. Yelah, tengah layan2 movie or drama series dan dan background lagu masuk pulak dengan scene yang tengah best dilayan. Apa lagi aku korek ah lagu apa tuh kat youtube, cari sampai jumpe beb. Cari punya cari sekali dah jumpa happy, ibarat jumpa harta karun sebenar  bila main puzzle. Tapi aku slalu juga cari lagu kat youtube sendiri2.

Okay ni list harta karun dalam mr lenovo, agak susah nak share ngan orang nie sebenarnya.*kedekut*  tapi kalau rasa lagu tuh sedap dengar dan muzik tuh bagus tak apa kan?

Babybird - Back Together
The Dirty Secrets - Strangers
Young Folks - Peter, Bjorn John
Mystery Jets - Behind the Bunhouse
Matchbox Twenty - Parade
Dead Can Dance - The Carnival is Over
The Bravery - Time Won't Let Me Go
A Ramlie - Kenangan Mengusik Jiwa (jangan main2 pernah jadi caller ringtone tau)
One Ok Rock - Answer is Near

(banyak lagi tapi mustahil la nak tulis kat sini semua)


Bahkan, aku juga suka dengar muzik sheet. apa nak panggil ye? piano version kot? violin version? acoustic? ala macam muzik orchestra, sebab rasa macam tenang bila dengar.

Spec - Main Theme
White Hart - Snow White the Huntsman 

Lagu dan muzik yang dapat buat hati gembira.

Yaya