Tuesday, June 16

Mengular di Seksyen 7, Shah Alam

Misi mencari baju raya dekat shah alam, berakhir dengan kepuasan sejati bila mata sejuk dengan kaler2 shop lot kat situ. Aku suka pergi sini sebab banyak shawl quality cantik2 dan ramai peniaga Melayu. Yelah semua butik online instagram bertapak kat sini. Alhamdullilah. Akhirnya dapat beli dengan duit kerja sendiri. Puas sangat dengan kualiti kain.

Arah perjalanan 14th June 2015

Restoran Garuda Baru Nasi Padang ---> Calaqisya ---> Dear Solehah Boutique --- Radiusite ---> Bokitta ---> Laman Seni 7

Hanger comel dekat salah satu kedai kat situ. So vintage.


Curly handsocks yang memang dah lama aku cari. Before ni tengok kat ig je. Sekarang bila dah dapat terus pakai kaler hot pink tuh. Suka sebab dia tak panjang sangat, setakat dari nadi tangan sampai separuh siku. Bila pakai nampak sangat elegan sebab pattern curly tuh, dan semestinya dapat tutup aurat dengan jayanya, Beli dekat butik DearSolehah.



Cantik kan bila pakai ngan tshirt nie. Certain baju aku lengan tak panjang sampai tutup pergelangan tangan. Pakai ni rasa selamat je, dan penting you still fashionable. I wear BK nail polish hot red.

Pintu masuk butik Calaqisya yang memang cool. Love pink.

Hiasan dalaman butik Calaqisya. Memang sejuk mata memandang guna kaler hot pink.

Hiasan main entrance butik DearSolehah yang guna kaler pastel turqoise. Suka vintage dia.

Hasil ahad lepas.

Barang belian. Hasil2 yang comel lote:-
1. Calaqisya hot pink shawl
2. Nur Aurah Curly handsocks from DearSolehah
3.Light  Pink Jubah Dearsolehah
4. Dusty Puprle shawl Dearsolehah.
5. Paris brooch needle for shawl

Sudut yang disukai dalam butik Dearsolehah. Mendalam sangatt.


Alhamdullilah bila dapat beli dengan duit rezeki sendiri. Lepas ni boleh kumpul high quality shawl bila ada extra money. Beli yang branded sikit lain dengan shawl yang slalu aku beli kat masjid jamek or muaz textile. Kualiti kain pun lembut macam yang kat mekah punya. Rasa gembira je pergi kedai2 kat sana sebab interior design dia awesome.

Yaya.

No comments: