Thursday, December 15

Hectic2.

Minggu lepas, minggu nie dan minggu akan datang berserabott.

Ahad lepas bermati-matian aku siapkan test econs 2000words by HANDWRITING, jadi kelawar malam pukul 4pagi baru tido. =.=
Ye la x mau kaco ari Isnin aku ade *PLAN* x nak g kelas.

X jadi pergi Pavi, so Leisure Mall la jawabnyer. 

Masing2 coursemates nervous dengan presentation Valuation esok.
Setelah group terdahulu di-attack dengan  lecturers UM, sume group yg x present lagi x duduk diam.Ye la nie first presentation kiteorang kat auditorium  DEPAN coursemate, 3 lectures UM dan senior2.

Aku dan group aku yg kesemuanya lelaki dan aku sorang je perempuan, prepare siap2 dengan presentation kiteorang.Buat discussion malam2 sampai pukul 2-3 pagi.
Tapi bekerjasama dgn lelaki buat aku byk bukak mata, dyeorg tau byk benda dan cepat pick-up.
Dan satu lagi dyorg xyah wat nota sume igt dlm kepala, JEALOUS weyh.

Next week ade satu lagi presentation. Report pun perlu di-edit2 lagi.
Dan next jugak la nak ade test LAW kan, yg handouts nyer berkeping2. Tak boleh nak tembak2 yea, sume dalam akta Tanah Negara. It's fact.

Dan, dalam sejarah aku kat sini dah sebulan lebih tak balik Pahang. Abah, mak, orang rinduuu.

p/s : bila difikirkan balik, aku suka jadi student universiti. Tido lambat, bergembira, buat kerja, shopping dan kawan2. Hidup.

Thursday, November 3

3 weeks Mehh!

Fully English Little Malay

Tuesday
-Site visit to The Curve cancel. Going to Mid Valley with Husna without planning. New shops outlet opened at Level 2. Love it. Buy feveret egg tart. <3

Thursday
- Site visit The Curve. Guess what? Thinking that the site was for the office building at the beginning, but the opinion was totally rejected. It was for Four+ Stars Hotel, with the second place for ice-skating after in Sunway Piramid. Eating meatballs at Ikea only 5 minutes!
ice-skating place


Saturday 1
- Release tension with lovely Cati at Mid Valley. Buy the clothes that i fall in love. Buy favourite egg tart. Fall in love with a shoes at Vincci.

Sunday 2
- Someone ask my private life, with the term 'action speaks louder than words'. Typical Malay man. Ehhh~~

Tuesday 2
- Presentation law cancel. Go to Masjid Jamek for just 40 minutes. Unlucky day my sandal ripped, force to buy new. There are new shops outlet at KLCC after 4months breaks, wanna go. But fail to invite someone to join me. What a loser i am. T_T

Wednesday 2
-Get date with QS-ians! Follow them doing assignment about Bangra then go to Pavillion to see Bangra dance perfomance for Deepavali. And one of them wanna me join their dancing =.=. Cannot find my most wanted shoes at Vincci Pavillion. ehh why so hard. Fall in love with one blouse, and still remember it until now! Unforgiven myself.
Bangra dance
Tokyo Street Pavi.



Thursday 2
- Prensentation law cancel, again.

Saturday 2
- Go to Mid Valley. Get the Vincci shoes. Love it. But also there are additional items. =.=

Sunday 2
- Date with EM-ians! Cycling at Bukit Cerakah. Huh, screaming out yourself when reach at downhill. And visit the 4-seasons houses, this time for spring, sooo beautiful.

4-seasons House
Cycling
  
Monday 3
- Thigh and legs in pain. And....He change his profile picture on facebook. =)

Tuesday 3
- Doing valuation assigmnet, what a dizzy. Get new presentation. =.=. Whole evening stays at Za'ba Library for research assignment.

Wednesday 3
- Doing slide presentation. Get another new presentation, again. T_T. Jumpa org kerek. Kerek nak mampos.

Thursday 3
- presentation postponed till sem breaks. Celebrating course-mate birthday with Domino Pizza. Auww.
Bad day 1) site visit of valuation at Selangor has problem, illegal land. Ahhh!! Must find new land! Why?
              2) site visit of maintenance of flat building also rejected! Unable to fullfill criteria of assignment.Must find new one! Ahhhhh, my holidayyyyyyyy =.=
Sis text our family will make BBQ on Saturday! Okay,all pain relieved for a while. =)

Sunday, October 23

8 Makanan yang Memang Nak Makan Lagi!!!!

Suka makan. Tapi sesetengah susah nak dapat. Countdown.....

1. Sate n Hotdog Home-made. Limited Edition by Wahab's Family.
Kuah dye perap sendiri tau. Bila nak buat lagi yea.

2. BBQ include meat, chicken n hotdog roasted with mashed potatoes. All Home-made.
Rasa mashed potatoes yg akak2 buat masih igt smpai skarang...=.=

3. Sushi with cuttlefish at Sushi King
Beli kat Jusco lagi murah... tapi wasabi dye x sepedas kat Sushi King .

4. Aiskrim Goreng Chocolate Chips
So far selama nie hanye tau mase Konvo UM je jual nie.

5. Strawberry with Honey at Cameron Highlands
Sweettt sangat. Tapi xkan la nak pergi Cameron lagi. =.=

6. Strawberry Pancake at Cameron Highlands
Yang nie marvellous! Atas tuh aiskrim.

7. Strawberry with Hot Chocolate at Cameron Highlands
Penjual tuh just celup strawberry cucuk dalam coklat panas, then celup plak kat air sejuk  bagi dye mengeras.

8. Starbuck Chocolate Cream Chips
Rase dye memang sodap.. Tapi mengenangkan duit yang ada, harapan la.  


Thursday, October 6

Sakura in My Hometown

Ada bunga sakura ke kat malaysia?
Jawapan : Ada. 

         
  
Ini bunga kat taman perumahan pemilik ye. Kalo jalan terus then masuk kiri jumpe la rumah pemilik. Orang cakap betul. Gambar tangkap sendiri, original yea.So ade copyright. Cume diedit2 sikit oleh kakak. Kredit untuk dia.

Apa tujuan letak kat sini? Jawapannya senang. Bila letak kat site Tumblr minggu lepas, ramai yang like, reblogged pun ade. Yea la gambar original yang diambil sendiri, apa perasaannya ramai yang suka?? Berbunga-bunga hati. <3 <3

Cuma, itu bukanlah bunga sakura sebenar. Pemilik pun tak tahu pokok ape itu, tapi bunganya memang cantik mekar berguguran masa musim luruh. Cewahh. Maaf, bohong sunat. 

Sunday, September 4

6 Syawal yang.....

 Sukarnya bila hendak kumpul satu keluarga
Berterabur sudah semua bila ada life sendiri
Sebab itu wujudnya hari raya 

Persetankan jika ada adik-beradik yang balik raya ke kampung lagi satu
Nanti akan tiba hari berkumpul semuanya
Terima kasih tarikh 6 syawal 

Sesuatu yang hilang?
 Penantian terjawab!
.
.
.
.
.
.
.
.
Kan da cakap, kesabaran itu perlu
.
.
.
.
.
Angka 17 bukannya satu permainan
Dan akan bertambah seorang lagi bulan depan
Alhamdullilah


Sudah lama adik-beradik tak berkumpul
bersama abang dan kakak ipar
ohh gembiranya 

Dan,
mengapa anak2 saudara sangat comel?
Mereka sangat comel okay!


Notice their smile
Please notice their smile!
Hati cepat cair



Selamat hari raya Aidilfitri
Salam lebaran


 And my nail turn orange!
Haha (apa kaitannya?! =.=)


Thanks for everything~~
  

Wednesday, August 17

Saturday, July 30

Keluar Malam Ape Aku Kesah

Macam2 soalan ditanya bertalu-talu sebelum keluar rumah;
Abah : Pergi mane?
Kak de : Ko sambut ari jadi balak ke?
Shela : Naik ape? Kawan ko jemput ke?
Amin : Mak cu jangan lupe beli gula-gula untuk Amin yea..

Dua hari lepas,
Mesej di enset berbunyi;
"Yunk, jom sambut ari jadi Jeah pukul 12 tengah malam, Tepat."

Anyway, selamat ari jadik kawan baikku Jeah,
 Besday gurl dpt kek gambar dye(auwww), cekedis dan present taw orang sponsor u... 
Best kan best kan

Picit jangan tak picit pipi dye

4 anak dara omey2 keluar malam2..hehe
 
Alangkah indahnya mempunyai kawan yang masih rapat dengan kita walaupun sudah lama meninggalkan alam persekolahan =)
Dan,
Alangkah indahnya dunia bila kita semua tak akan membesar ~ Muda, Hujan


Walaupun lokasi hanyalah di taman permainan kawasan perumahan,
Kiteorang sangatlaaa popular malam tuh,
Ditemani dengan suara2 sumbang budak2 motor yang lalu kat situ,
Pengacau 1: "woo, sambut hari jadi"
Pengacau 2:"Haa tiup jangan tak tiup lilin tuh"
Pengacau 3: "Nak kek jugak"
Tapi ape nak dikisahkan, kan?



Then berkata pada mereka bertiga, 
Jom nikmati zaman muda puas-puas,
Keluar malam-malam, lepak kat kedai mamak,
Sambil layan internet,
Dan tangkap gambar banyak2 simpan sebagai kenangan. 


Monday, July 25

Saya Ada 6.5 orang Anak Buah


Semalam aku dan family aku wat lawatan. Aku sanggup mintak cuti tau, demi lawatan satu family nieyh ye la bukannyer senang. Lagipun terkumpulnyer 6.5 orang anak2 buah aku beb..(yang setengah tuh tak lahir lagi yea). hehe. Pergi mane? Kuala Gandah. Ada ape kat sne? Pergi tengok gajah lar. Selama aku tinggal kat sini aku tak tahu pun ada Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan kat Lanchang....T_T. Kesian kan. Dah la taraf kebangsaan tuh. Actually bukannyer aku jakun sangat nak tengok gajah tuh tapi lebih kepada keinginan untuk 'snap' gambar2 dan aksi anak2 buah aku. Perangai dan tahap kebisingan mereka ya Allah! =.=

Cukup kuota untuk sebuah keluarga.... dari kiri : anak perempuan, bapa, mak dan anak lelaki..

Haa jom main kira2..haha. Yang dalam bulatan merah tuh la anak2 buah. Yang bulatan purple plak tak lahir lagi. Cop2, mane lagi sorang?? hehe. Sory la Sara yea, awak x dapat ikut sebab selesema yunk ;(


Tapi kan time pergi tuh meriah, sangat ramai orang. Berbas2. Ade gak orang berkelah kat situ (erkk). Group mat salleh pun ramai beb. Dan mereka sangat la jakun tengok semut besar. =.=. 

Comel... suka tengok kasut Adidas yang dye pakai... Omeyy sangat sayanggg <3


Perghh... kilauan mata yang membawa seribu makna kat saya la awak.. <3


Kacakk.... nie la bakal model. haha. Kacak 2ribu kali! Mak cu salute abang Min!

Lepas abes lawatan, terus pergi umah kakak yang berdekatan dan masing2 makan macam lapar sangat!! Ape2 pun, best sebab melayan karenah mereka berenam..Auwww.






Wednesday, July 13

Petanyaan yang Kurang Senang Untuk Dijawab..

1. Mereka yang berlawan jantina bertanya,

Awak duduk JB(Jalan Bahagia) kan?
(dalam hati : Eh eh... camne kau tahu umah aku kat mane)
Aku jawab "Taklah."
Dia balas, "Yea. Awak duk JB. Saya tahu"
Okay. Aku diam. Langsung tak kenal. TAK KENAL. TAK KENAL.



2. Mereka yang lain (kacak!) bertanya lagi,

Eh, awak adik Nizar kan?
(.........) Then aku balas, "Macam mana tahu ni?!"
Die buka jari bentuk 'L' letak kat mulut (tandanya senyuman).
Aku balas, "Ouhh..yea ke. Mase angah kawen datang tak?"
Die jawab, "Of course la. Baru lepas SPM yea?"
Ouh tidak. Dikatakan lepasan SPM lagi =.=..... Okay, perbualan lepas tuh private. Hehe..




3. Mereka yang lain (pangkatnya Pak Cik) bertanya lagi,

"Baki RM 2.50 Pak cik."
Die jawab, "Terima kasih. Nanti kirim salam kat abah yea."
Erkk... how do you know I am daughter of Pak Wahab? And even my name! =.=




Kalaulah Temerloh nie besar, takdelah mereka kenal aku an. Ouhh teringin berada kat tempat yang tiada orang kenal kita.

Sunday, July 10

Apa Kaitan SPM Dengan Aku?!

Mereka bertanya,

Umur berapa?
Awak baru lepas habis belajar yea?
Sekolah lagi ke?
Umur mesti 18 kan?
Dik, lepasan SPM ke?
Akak baru lepas SPM yea?
Kenapa tak sambung belajar?

Helloooo, saya bukan budak lepasan SPM. Sudah lama meninggalkan zaman persekolahan. Okay, saya mengaku saiz saya macam budak sekolah. Kalaulah Tuhan perkenankan doa saya, harap boleh tambah beberapa incikan. 


I'm degree student you... ada ciri-ciri bakal ejen hartanah berjaya tak? auwwww

Monday, July 4

Reunion Sebab nak makan Lasagna (?!)

Akhirnya perasaan mengidam lasagna telah terubat setelah lebih sebulan meninggalkan hiburan2. Apa yang lagi best, dapat berjumpa semula dengan kawan lama la yunk!


Lasagna idaman..yummy


Punyalah banyak meng-order makanan kan. Setiap sorang satu food, and tambahan piza. Kenyang bapak perut meh.


And we've got this....

This...

And this...

Almost 2hours and half spent togther2... Rindu sama mereka meyh...muahhaha
Terima kasih kepada Raihan, Sham, Nazihah  dan juga Zaid sebab sudi meluangkan masa bersama2 (even masing2 tanam lemak kat umahkan). Sayang korang, Muaxxx!!





Tunggu dulu! 


Lupa sorang mak cik (dalam bulatan merah) balik kolej dye...


Bye2! see u soon bebeh~

Sunday, July 3

Bayi Montel 12 kg => Comel!!

Haa nie aku just nak share satu berita daripada suratkhabar yang aku baca semalam. Menarik woo, amazing sangat beb. Sampai kakak2 dan adik aku juga baca. Just aku ringkaskan je la yea.



BESUT 1 Julai - Seorang bayi lelaki berusia hampir tujuh bulan dari Kampung Gaung, Jerteh dekat sini menarik perhatian penduduk sekitar kerana saiznya lebih besar berbanding bayi seusianya dengan berat badan 12 kilogram.

Bayi tersebut dilahirkan secara normal pada 14 November tahun lalu dengan berat 3.6 kilogram dan hanya diberi susu badan oleh ibunya.Berikutan saiz badannya yang montel itu, anak bongsu daripada empat beradik itu kini boleh memakai seluar pendek milik abangnya, Fayyadh Darish, 4.

Ibunya Zulida ketika ditemui di rumahnya memberitahu, lazimnya bayi seusia Ahmad Faleeq mempunyai berat badan kira-kira tujuh kilogram.Katanya, saiz dan berat badan anaknya itu membuatkan dia cepat penat apabila mendukung Ahmad Faleeq.
Katanya, semasa mengandungkan bayi berkenaan, dia tidak mengambil sebarang makanan tambahan dan apabila bersalin berat anaknya sama seperti bayi lain.
Menurutnya, khuatir dengan tahap kesihatan anaknya, dia membawa bayi berkenaan ke klinik kesihatan di Jerteh untuk pemeriksaan dan doktor mengatakan bayinya itu tidak mengalami masalah obesiti kerana hanya diberi susu badan.

Saiz tubuh bayi berkenaan menyebabkan kediamannya sering dikunjungi penduduk yang 'geram' melihat kemontelannya.

Haa...nie la gambar baby tuh... Comel kan?? Alolo~~~ omey nyer awak, rase nak cubit je saya.

Nak baca full artikel nie, pergi dekat sini

Kalo aku jumpa bayi tuh, aku pun geram beb. Saiz dye teramatlaaaa comel, ngan kulit licin tu haa. Sampaikan seluar pendek abang dye pun dah boleh muat =.= Wowww. Lagi satu, harap bayi tuh sentiasa sihat dan comel selalu bebeh.. yaww~~

Saturday, July 2

Kuala Lumpur : Ada Apa Dengannya?

Lokasi : Rumah
Masa : 10 malam


Tiba2 rindu masa itu. Yea, masa tuh. Masa belajar di um. Ye la, sekarang cuti sem. Dah lama tak melawat Kuala Lumpur. Rindu sangat beb. Actually boleh je nak pergi KL dan UM, tapi terikat ngan keje la saya awak T_T.
Sebab2nya, da lama tak pergi ke tempat2 nieyh....


<original picture taken>
Rindu nak pergi Mid Valley, nak pergi masuk kedai2 and window shopping yaww
Rindu nak pergi tempat bowling kat mid tuh, bukan maen pun tapi pergi toilet =.=
Rindu nak tgk wayang kat GSC, da lama sangat tak pergi panggung i rindulah!
Rindu nak pergi KLCC even boring
Rindu nak naek RapidKL and tren berhenti dekat KL Sentral, Masjid Jamek 
Rindu nak pergi pavilion, sambil2 berphotograph depan KLCC tower
Rindu ngan roomates : wanie,mar n fee, da lama tak gosip2 ngan korang sayangg
Rindu nak pergi kelas, naik bas um ataupun taxi
Rindu nak jalan2 ngan husna, azie, qila
Rindu nak usik husna dan azie pasal skandal dan pakwe dyeorg
Rindu nak bergila2 ngan cati
Rindu nak usik mar, tierah n saiful, jahat korang baling telur kat aku yea
Rindu nak pergi Times Square, Sg Weng dan juga Lot10 you
Rindu nak makan meatballs kat Ikea
and yesss, The Curve!
Rindu denngan KK12
Rindu denngan Abang Man jual topup...yaww


meatballs rm5... mkn skit pun da kenyang! <original picture>
Lagi lagi nak cter
Rindu nak pergi umah my auntie
Sebab every weekend pergi umah dye jln2 ngan dye dan juga my beloved sis
Rindu nak pergi the mines, barang dye murah
Rindu nak makan kat Subway, Big Apple, Starbuck and ect (kadang2 je yea!)
Rindu nak pergi downtown Bandar Tun Razak
Rindu ngan my auntie belanja makan kedai Vistro
Rindu ngan umah my autie internet dye laju boleh donwload citer anyak2
Rindu nak pergi cheras leisure mall lagi
Rindu ngan putrajaya~ presint 9, i love u!
Rindu ngan alamanda dan dataran putrajaya
Rindu ngan pasar malam 


Saya rindu semuanya!


Give this song as i heard during post this entry by Laila's Lounge, damn makes me remember my old life 3 years back!



Saturday, June 18

Beli Kek untuk Awek


        Dua orang customer lelaki dtg beli kek. Muda. Ingin beli kek harijadi. Untuk siapa? Untuk awek kwn mereka. Kwn mereka itu menyuruh 2 org customer tersebut tolong belikan kek wat surprise untuk awek dye. Bila ditanya adakah mereka akan celebrate bersama kwn ramai2, jawapannya tidak. Kerana kek tersebut akan dimakan bersama2 member2 pompuan awek tersebut, di asrama. Ya, di aspuri. Aspura x boleh bercampur ngan aspuri kan, lagipun masing2 sibuk dgn SPM. Woww. 

       Bila ditanya lagi camne mereka keluar dari aspura, pandai2 la cover, dgn tunggang motor tanpa lesen. Di daerah ini tunggang motor tanpa lesen adalah perkara biasa (diri nie sama jugak yea...hehe). Customers tersebut tanya saya jugak adakah saya lepasan SPM, setahun tua dri mereka. Tidak (okay, saya tau muka saya mcm budak2 ye). Tapikan, kaya btul budak2 skolah zaman skarang. Siap sanggup laburkan hampir RM50 tuk kek harijadi awek. Teringat masa zaman2 saya dahulu, hanyalah dapat aiskrim perisa coklat. Xpun coki2 yg perisa coklat jugak. Tapi bila org da bagi, jgn ditolak, rezeki tuh. Tapi, kenangan tetap tinggal kenangan. Kan?

Monday, June 13

Pekerjaan yang menjanjikan keuntungan

Masa : petang
Lokasi : Umah sendiri
Bahasa : 'aku' dan 'korang'

Mesti korg tertanya2, nape aku wat post nie? Ade sebab nye. Semalam aku ade bace satu blog beberapa pekerjaan yg menguntungkan. Tapi aku da luper mane link blog tuh, kalo x bley aku letak kalo nak lagi detail (jika berminat lar yea). Kalo nak taw punca aku wat post niey, bace smpai abis!

1. Web Designer
  - Pekerjaan nie mmg boleh wat duit. Ye la kalo satu syarikat bisnes nak wat laman web, mesti dye panggil web designer supaya reka web syarikat dyeorg kan. Byk duit poket msuk beb.

Grab your money..jgn x grab beb


2. Jutawan internet
 - Haa yg nie pun gler bapak boleh buat byk duit. Cuba korg taip name Irfan Khairi kat google, dye adalah antara jutawan internet yg sgt flying colours. Jual ebook pun dpt untung. Laen2 cam google, youtube n ebay.

3. Businessman
 - Ramai kan. X kirela bisnes kain, perabot or barangan cap ayam tetap bley wat untung kalo ade strategi mantap.

4. Artis
 - Yang ini aku xnak ckp lebey. Korang pun tau kan. Artis lama, artis berpengalaman dan jugak artis segera. Opss, sory, aku bukan peminat AF yea.

Cehh.... nak jugak letak gambar ex aku ...auww yeah =)

5. Penggubah lagu yg dpt royalti
 - Nie pun aku baru tau smalam. Btul ruper nyer. Tapi kene cintakan dunia muzik la.

6. ............

7.............

8............. dari no. 6 hingga 8, aku da x igt ape bende. aissshhh. tggu dulu beb, yg last nie la nak share ngan korg.

9. JUTAWAN HARTANAH
 - Haaa nie la yg aku nak cter. Siap tuleh huruf besar lagi meh. Ape yg best nyer? sebab dye relate ngan kos ape yg aku blajar skunk. <3 <3. fuyooo,yaya giler duit. eceh. Kalo kat malaysia, name yg feymes ialah Rahim and Co, dan jugak Azizi Ali. Tak kenal? Xpe, kalo kat seantaro dunia, jutawan hartanah top ialah Donald Trump (bukan pak cik Mc. Donald).. ala, yg wat program tv The Apprentice tuh. huh. Okay, skarang aku da nampak masa depan (tetibe.. dulu bpk la x suke course sendiri...).

Masa depan jgn dibuat maen2 abah aku cakap.

Anyway, ape2 je bidang pekerjaan yg korg ceburi, tetap mndtgkan keuntungan, name pun rezeki. Jgn ditolak. Yang penting usaha. Mane ade org nak bagi duet kalo malas nak keje. Tapi kan kalo tgk list2 di atas, hampir semua pekerjaan yg mendatangkan keuntungan adalah bisnes. Hmmm...

p/s : dgr cter tunang aku nak wat binses kuih raya... betul ke?? hahaha