Wednesday, January 16

selamat tinggal 2012

Amboi. Da masuk pertengahan januari 2013 baru nak ucapkan selamat tinggal 2012. alaa nak tulis gak. 2012 banyak meninggalkan kenangan. dan agak2 apa azam tahun nie? Azam 2013? hahaha. bab2 nie aku xnak berazam sangat nanti takut tak jadi. biasa2 sudah.

Kesihatan
aku bukanlah jenis yang berjogging ke apa even plan nak mengurangkan lemak tetap ada. tapi tahap kesihatan kian menyusut bila mudah diserang selesema dan batuk berpanjangan. masa lepas mandi pantai time hujan harituh, terus selesema dan batuk berminggu2 sepanjang study week, bukannya berhari2. tak boleh jadi ni. masuk sem nie pun lima bulan lepas pun selesema semakin sukar untuk pulih. tak suka nak telan panadol or breacol banyak2. kena buat sesuatu.

jangan telan ubat  tanpa suggestion doctor.


Pelajaran
yang ni. memang aku banyak fikir. Sepanjang tiga tahun berada dalam course ni, aku mengambil masa yang lama untuk untuk faham yang aku belajar. otak semakin kurang pandai untuk fikir secara kreatif terutama subjek valuation. actually lebih risau lepas graduate nanti, aku nak jadi apa? minat apa? sesuai kerja apa? masih dalam proses mencari2 hala tuju. masih mencari diri sendiri. kerja dan belajar adalah sesuatu aspek yang sangat berbeza. ya. sangat  berbeza. belajar lain. kerja lain. kita kalau nak buat sesuatu kena ada minat. sebab tuh aku tengah membina minat walaupun tak minat. aku suka ingat balik pengalaman aku bekerja part time dulu. kenal banyak ragam orang ramai dan pelanggan. bekerja dengan orang yang kau x suka dan kena ikut flow mood dia. ada manager yang baik. ada pelanggan tetap. dan ada pelanggan yang handsome. opps.
sepanjang lebih dua tahun setengah belajar, pelajaran semakin menurun. dan turunnya cantik je. steady. ibarat, kalau buat graph pun, decreased semester-ly.
cantik turun dia.. apa yang terjadi?

Family
meluangkan masa lebih dengan keluarga. keluarga semakin besar. anak2 buah. kakak2 n adik. kena selalu telefon abah. dulu selalunya abah yang slalu call masa kat u, setiap minggu kot. macam cakap dengan boyfriend. well, i am little daddy girl. kalau anak lelaki lebih rapat dengan ibu dia, dan anak perempuan lebih rapat dengan ayah dia. tapi aku dua2.

Kawan2
make friends. lelaki or perempuan. semakin banyakkan kawan. semakin menghubungi mereka. jangan lupakan kawan2 sekolah. sangat2 rindu mereka.. especially gegirl. nasib baik ada twitter. dan tak lupa kawan2 seuniversiti.dan kawan coursemate. dan roomates. mereka sangat baik2. dikelilingi orang seperti mereka.

Relationship
=)

Pakaian
Tinggalkan pakaian2 yang singkat dan ketat. kita bertudung. dah bagi adik tapi dia pun xmuat. jual lagi best. membeli baju2 yang labuh dan sopan. bukanlah nak jadi muslimah sejati, aku bukan lagi ke sampai ke tahap itu. aku tau pakaian aku bukannya ikut yang betul2 berlandaskan syarak. aku pandang mereka pun sejuk mata aku memandang. sekarang sudah tiba masa nak berubah. tetapi dengan perlahan2. kena jadi diri sendiri. pentingkan kualiti dari kuantiti. dan satu lagi, kurangkan sifat suka membeli walaupun baju tu murah! (=.=)

tambah simpanan. okay lepas nie jgn beli2 da. (berkata pada diri sendiri)

Manual Driver
yeahh.. auto itu senang. tapi bila manual? totally fail. dan tak ingat langsung. tiba masa nak sharp-kan balik. manual here i come!

x.o.xo

yaya

Tuesday, December 25

pantai timur Cherating


Selepas minggu yang tough dengan hal2 belajar kat u terus pergi bercuti dengan family. Terus lupa pasal result assignment or hal2 universiti or class, memang nak lupa sekejap. nak beralih sekejap hilangkan tekanan (padahal tengah cuti study week). yalah mata aku dah menunjukkan eyebag yang jelas dengan lingkaran yang menakutkan dan muka yang tak cukup tidur. sampaikan aku telupa pasal dinner kolej tak pergi pun tak apa tapi disuruh untuk pergi. kawan2 semua tegur. padahal mereka pun sama. bila tengok gambar time presentation tiga hari berturut2 yg diupload oleh azie dan athirah kat fb, seronok. tapi muka aku memang xboleh bla pucat dia dan kepenatan. aisshhh.

Terus sabtu lepas terbang ke kuantan pergi bercuti. ye, kuantan yang cantik pantai dia. nasib baik time tuh tidaklah hujan atau tidaklah terlalu panas. mandi laut tak ingat dunia. apa yang best lagi kalau pergi bercuti selain daripada family tercinta? ada feeling yang berbeza, iaitui DITANGGUNG (amboi kau nyah mata duitan).

ni haa rindu kak piah. fotogenik baby nie tau.

agak2 nyer ada gaya macam ibu muda dan anak tak? 
bercuti di pantai timur memang best. taulah koi ni orang pantai timor jugak ye dak. haa kan dah speaking temerloh. ye la mana lagi nak rasa keropok lekor pure rasanya yang banyak ikan, sotong goreng murah dan makanan2 laut?

pantai kat cherating waktu matahari nak terbit.. ni atime pukul 7 pagi tau cantik je pasangan suami isteri tu lalu situ :3

colourful selipar dengan pelbagai saiz dekat atas pasir pantai.. variation

pelampung anak2 buah.
istana pasir.
chalet, pak itam inn.
atau yang paling best shopping keropok and kerepek kat tanjung lumpur?

tanjung lumpur.

best dan meninggalkan banyak kenangan. bertambah lagi percutian dalam tahun 2012 ye. lepas ni kena fokus study. 

x.o.x.o

Yaya