Showing posts with label 2013. Show all posts
Showing posts with label 2013. Show all posts

Thursday, August 29

Hello Ho Chi Minh! ~ Part 2 ~ Celadon City and Hồ Chí Minh Museum

Setiap lukisan dan patung di Ho Chi Minh Museum semua memiliki jiwa dan aku sangat tersentuh. J.I.WA. dan juga S.E.J.A.RA.H.Yalah Vietnam kan bekas negara komunis, punyalah susah perit rakyat mereka nak dapatkan kemerdekaan. Oh ya hari kemerdekaan Vietnam 2 Sept, tarikh yang sangat dekat dengan hari merdeka Malaysia.

Hari 28 Sept (Rabu) melawat site visit yang menarik, Celadon City. Projek pembangunan yang besar dekat Ho Chi Minh. Jugak dapat kawan baru.

Museum Hồ Chí Minh yang cantik dan berseni. Sejarah yang mengagumkan.
Meniru gaya potret belakang xD
Sejarah negara bekas komunis yang hebat.
Gambar satu kelas dan pelajar Vietnam dari University Finance and Marketing.
Tokong area Ho Chi Minh yang cantik senibinya.

Baju sekolah yang cantik berdasarkan baju tradisional. Ayu2 gadis Vietnam.

Projek mega, Celadon City dalam skala model kecil. Teringat Legoland.

Setiap Unit apartment di Celadon City berharga range RM 1.2 juta. Hartanah di Ho Chi Minh sangat mahal.

Last gambar, gegirl EM. Wee

Pergi mana lagi ni yea. =D


Wednesday, August 28

Hello Ho Chi Minh!

Mengenali budaya luar membuat aku buka mata betapa luasnya dunia dan menyeronokkan, bukanlah kita saja yang kaya budaya.
Menaiki kapal terbang melihat awan kepul2.
Merasa makanan MAS yang sedap.
Menikmati free wifi di KLIA (erkk).
Baru nak update benda 24sept lepas. Maaf sangat busy di sini. Intergrated project universiti yang berat.

1. Bergaya di Airport (KLIA)

Dress code: Simple kasual.


Gegirl EM

2. Makanan Malaysia Airlines yang sedap dagingnya.

Fried Rice Daging yang dagingnyerr memang sedap.

3. Sampai di Airport Ho Chi Minh

Entire Classmates

4. Budaya orang Vietnam dalam di atas jalan raya

Banyak gila motor sebab motor adalah pengankutan utama. Tapi sangat menghormati pejalan kaki yang ingin melintas malah lebih beradab dari Malaysia. Banyak kenderaan pun trafik berjalan lancar.

5. Dinner dekat kedai Makanan 1Malaysia. Makanan halal agak mahal di sini. Range dalam RM15~RM 20 satu makan. Ibaratkan harga makanan Arab di Malaysia. Makanan local murahlah tapi tak tahu kandungan dia apa. Banyak restoran halal macam Warung 1Malaysia, Kampung Melayu dan Basiroh.

Menu dalam Vietnam Dong.

Roti canai kari ayam, 40,000 VND = RM 6.40. Murah sikit.

6. Ben Thanh Market, di mana syurga kain cotton menayangkan kehebatan corak masing2. Macam2 jual kain cotton, telekung, bag dan lain2. Kena bijak bargain dengan peniaga dekat sini.

Kiri kanan kain.

Mari2 kain cotton.
Perhiasan mini yang memang cuteee.


7. Bersiar di taman unga Ho Chi Minh city.

Bunga2 segar,

Cuaca di Vietnam lebih kurang sama macam Malaysia. Tapi suhu bilik hotel aku ni da macam dekat New Zealand. Akan update lagi tempat menarik. XD


Wednesday, January 16

selamat tinggal 2012

Amboi. Da masuk pertengahan januari 2013 baru nak ucapkan selamat tinggal 2012. alaa nak tulis gak. 2012 banyak meninggalkan kenangan. dan agak2 apa azam tahun nie? Azam 2013? hahaha. bab2 nie aku xnak berazam sangat nanti takut tak jadi. biasa2 sudah.

Kesihatan
aku bukanlah jenis yang berjogging ke apa even plan nak mengurangkan lemak tetap ada. tapi tahap kesihatan kian menyusut bila mudah diserang selesema dan batuk berpanjangan. masa lepas mandi pantai time hujan harituh, terus selesema dan batuk berminggu2 sepanjang study week, bukannya berhari2. tak boleh jadi ni. masuk sem nie pun lima bulan lepas pun selesema semakin sukar untuk pulih. tak suka nak telan panadol or breacol banyak2. kena buat sesuatu.

jangan telan ubat  tanpa suggestion doctor.


Pelajaran
yang ni. memang aku banyak fikir. Sepanjang tiga tahun berada dalam course ni, aku mengambil masa yang lama untuk untuk faham yang aku belajar. otak semakin kurang pandai untuk fikir secara kreatif terutama subjek valuation. actually lebih risau lepas graduate nanti, aku nak jadi apa? minat apa? sesuai kerja apa? masih dalam proses mencari2 hala tuju. masih mencari diri sendiri. kerja dan belajar adalah sesuatu aspek yang sangat berbeza. ya. sangat  berbeza. belajar lain. kerja lain. kita kalau nak buat sesuatu kena ada minat. sebab tuh aku tengah membina minat walaupun tak minat. aku suka ingat balik pengalaman aku bekerja part time dulu. kenal banyak ragam orang ramai dan pelanggan. bekerja dengan orang yang kau x suka dan kena ikut flow mood dia. ada manager yang baik. ada pelanggan tetap. dan ada pelanggan yang handsome. opps.
sepanjang lebih dua tahun setengah belajar, pelajaran semakin menurun. dan turunnya cantik je. steady. ibarat, kalau buat graph pun, decreased semester-ly.
cantik turun dia.. apa yang terjadi?

Family
meluangkan masa lebih dengan keluarga. keluarga semakin besar. anak2 buah. kakak2 n adik. kena selalu telefon abah. dulu selalunya abah yang slalu call masa kat u, setiap minggu kot. macam cakap dengan boyfriend. well, i am little daddy girl. kalau anak lelaki lebih rapat dengan ibu dia, dan anak perempuan lebih rapat dengan ayah dia. tapi aku dua2.

Kawan2
make friends. lelaki or perempuan. semakin banyakkan kawan. semakin menghubungi mereka. jangan lupakan kawan2 sekolah. sangat2 rindu mereka.. especially gegirl. nasib baik ada twitter. dan tak lupa kawan2 seuniversiti.dan kawan coursemate. dan roomates. mereka sangat baik2. dikelilingi orang seperti mereka.

Relationship
=)

Pakaian
Tinggalkan pakaian2 yang singkat dan ketat. kita bertudung. dah bagi adik tapi dia pun xmuat. jual lagi best. membeli baju2 yang labuh dan sopan. bukanlah nak jadi muslimah sejati, aku bukan lagi ke sampai ke tahap itu. aku tau pakaian aku bukannya ikut yang betul2 berlandaskan syarak. aku pandang mereka pun sejuk mata aku memandang. sekarang sudah tiba masa nak berubah. tetapi dengan perlahan2. kena jadi diri sendiri. pentingkan kualiti dari kuantiti. dan satu lagi, kurangkan sifat suka membeli walaupun baju tu murah! (=.=)

tambah simpanan. okay lepas nie jgn beli2 da. (berkata pada diri sendiri)

Manual Driver
yeahh.. auto itu senang. tapi bila manual? totally fail. dan tak ingat langsung. tiba masa nak sharp-kan balik. manual here i come!

x.o.xo

yaya