Friday, November 1

Aksessori Gajet yang Awesome - Ceriakan Gajet Anda

Buat masa sekarang aku memang menggilai aksessori gajet. Sebab sekarang sume yg ade comel2 belaka. Aku nak senaraikan aksesori gajet yang memang boleh dijadikan hiasan dan berguna untuk ceriakan hari anda. Perlu ke tak, itu lain cerita.

*Semua gambar hakmilik terpelihara pemilik (kecuali dinyatakan).


Gahh. Comel tak? comel tak?


1. Plug red bunny - ear cap. benda ni penghias letak kat tempat earphone. Kadang2 sape yg takut masuk semut ke habuk boleh letak plug ni. Comel. Tapi aku pakai susah nak masuk kocek. So last2 pergi kat tepi laptop. Comel jugak.

Letak kat handphone.
Last2 pergi kat laptop.


2. Ipod shoes – yang nie memang laarrr paling aku suke. Bagi ipod tuh berdiri dan ada kaki! Walaupun bukan benda hidup. Siapa cipta benda nie memang brilliant!

Ishoes dari pandangan atas.
Kacak berghaye tak saya? ~~


3. Wire cord holder – okay yg nie memang sangat berguna bagi sesiapa yang rimas tengok wayar2 berselirat. Aku guna ni tuk ikat earphone, cable phone n tali mouse setiap kali nak keluar, pergi kelas atau studio. Memang berguna sebab nampak kemas sikit dia manage wayar2 kalau letak dalam beg. Comel bentuk kucing dan itik.


Wayar lebih kemas dan tak berselirat bila letak dalam beg. Comel.

4. Handphone stand – okay yang nie stand untuk ipod, tablet, handphone or ape2 je la kalau nak tgk video ke apa. Kira macam supporter. Corak pun comel2 aku beli kaler merah.


Belakang.

Depan


5. Colorful cable – yang nie memang berguna untuk nak cas handphone kalau da boring kaler putih yg dia bagi tuh. Sekarang memang ade macam2 kaler n design. Ade yang siap ada lampu menyala time tenganh cas. So xdelah plain je putih hehe. Aku punye sure kaler pink. Tapi bagi iphone user yg guna 5s or ios 7, aku x pasti cable macam nie dapat detect ke tak sebab dia nak yang cable ori punyer.

Iphone/ipod cable.
Colourful (Source: Instagram)


6. Colorful plug head – yang ni memang core dalam ape2 gajet. Universal head plug. Lama gile aku cari yg berkaler2, dekat berbulan2 jelajah satu2 kedai. Bosan yg kaler putih. Harituh aku suruh kawan tolong ushakan tapi dia cakap mahal, dlm RM 20-30, mahal, aku nasihatkan janganlah korang beli. Kalau bawah RM 15 baru beli, baru berbaloi. So aku beli kaler purple, bagi dia matching dengan cable iphone pink.

Plug head aku beli kaler purple. Beli dekat Digital Mall.
Banyak lagi kaler lain, pilih. (Source Gambar: google)
Satu set. Kalau nak pergi keluar mane2 atau holiday. :-3

7. Ipod/iphone case – okay pasal case2 memang aku gila. Sanggup berhabis duit beli ni. Asal Nampak je kat mana2,aku slalu usha. Biasalah macam tukar baju. Tapi aku slalu beli kat pasar malam je murah, kualiti pun bagus sebab aku pakai tak sampai sebulan aku da boring design dia. Baru2 ni aku beli ipod case roxy yg kebetulan ada promotion bagi aku affordable juga. Kalau harga sebenar janganlah beli. Kena pandai tunggu masa promotion. Jadilah pengguna yang bijak ye.

Smart.
Kotak.
Semua aksesori dibeli dengan harga yang berpatutan. Tak mahal kena pandai usha harga. =)

Yaya

Sunday, October 20

Masa Depan Hujung Tanduk


"What u want to do in real estate? Gave out passion." - Dr Has.

The truth is,

I don’t have passion. 

Bila dibilang masa depan, jangan dibuat main2. 
Bila ditanya apa yang kau nak jadi lepas graduate ni? - Aku tak tahu.

Ya. Walaupun setelah empat tahun belajar course ni, aku takde menunjukkan satu minat pun. Nak salahkan uni sendiri yang bagi offer course ni?
Orang cakap bila da dapat offer tuh, terima saja. belajar saja. sebab ada beratus2 lagi di belakang yang berebut2 nak masuk uni - cuma bukan peluang diaorang.
So peluang tu dapat ke aku, dan aku bersyukur. sebab aku yang terpilih.
Tapi, setelah 4 tahun belajar, menunggu pada satu tahap minat itu datang, tapi tak datang2.
Apa guna pointer baik kalau minat kosong.
Bila tanya kawan2 kelas yang lain ada yang sudah tahu masa depan dia apa, dia minat apa, nak jadi apa. Aku jeles.
Sebab aku tak pasti masa depan aku apa, nak jadi apa.

Bila aku tanya kawan2 yang lain, ada jugak yang sama seperti aku - kekeliruan.
Alhamdullilah aku tak keseorangan.
Ada satu pepatah berkata "Kalau kau fikir kau sorang-sorang dekat dunia ni, kau loser". 
So ada orang kedudukannya sama seperti aku, termasuk kawan2 lain course, yang berfikir untuk lari bidang.

Kalaulah kau fikir apa yang kau belajar sekarang adalah masa depan sendiri, betul. Dan juga salah. Sebab mungkin peluang yang lebih baik datang, 180% langsung berbeza dari apa yang  kau belajar. Fikir positif.

Minat. Memang banyak yang aku minat. 
Jangan sesekali ingat aku nak lepaskan bidang Fotografi - Itu adalah minat aku, passion aku. Ada kawan tanya asal tak jadi photographer sambilan? 
No. Bakat aku tak sampai langsung ke tahap itu, ada orang yang jauh lebih baik dan talented. Itu aku fikir.
Cuma nak asah lagi, nak beli camera dslr pun tak lepas lagi. Tunggu kerja dulu, dslr pun berlambak yang mampu milik, cuma kena pandai pilih, dan yang penting - Pandai guna, bak pepatah 
"It is not about the camera, it's about the photographer."
Dan boleh lah guna dslr ambil gambar asli dia tanpa di-edit.
Dan aku pulak sangat cerewet kalau bab2 ni.
Ada kawan cakap "yaya bila kahwin nanti mesti kau nak wedding photographer dan gambar cantik2 kan".
Ya itu mesti, gambar mesti lawa dan elegan. Aku cerewet, mesti nak hasil yang baik punya.
Tapi kahwin jauh sekali, ini perkara yang paling aku kurang. Aku muda lagi, banyak benda nak fikir - loan belajar, pergi bercuti, loan kereta kena bayar balik.
Tapi bercinta itu boleh, itu perasaan normal manusia. Cuma kena tahu adab.

Minat. Bisnes.
Uishhh bisnes apa tuh? 
Sudah tahu, biarlah rahsia.
Harap2 menjadi untuk masa depan.
Taklah hangat2 saja.

Yaya