Friday, July 20

RAMADHAN YANG SAYU

Sudah mula solat terawih. Saya nak ucapkan Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Walaupun Ramadhan ini dirai, tapi Ramadhan kali ini adalah yang sayu buat saya :'(. Kalau siapa yang tahu sebabnya, terima kasih. Yalah, sambut puasa bila berjauhan dengan mak yang busy jaga Abah yang sakit dekat hospital. Risau tau dan hanyalah telefon sebagai penghubung. Tiadalah kan mak nak kejut bangun sahur dan Abah call suruh bangun sahur. Tiadalah kan nak berbuka bersama2 parents sendiri kan. Dan Tiadalah kan nak tengok mak abah bawak balik makanan selepas habis solat terawih. Harap2 lah Abah cepat cepat sihat, doa banyak2.

Tapi bersyukur sangat2 masih ada kakak, abang, adik tersayang yang sentiasa bersama ;). Dan juga anak buah yang comel bising2 kat rumah nak teman buka puasa. I love my family =).

Salah seorang kekuatan saya yang sangat berbakat sebagai pereka.. <3
Mood : Sounds Under Radio - All You Wanted





Tuesday, July 17

Kuatkan Semangat

Sejak seminggu lepas, hidup memang downn sangat tapi sekarang Alhamdullilah dah baik sikit. To Abah, semoga selamat menjalani operation kat Kuantan. Ye, sebulan lepas abah jatuh dan retak tulang pada tempat yang sama dia jatuh tangga 10 tahun lepas. Bila tahu abah kene masuk wad sedih betul . Kemungkinan Abah dah sukar nak bekerja balik. Yalah tulang belakang tuh kan main dekat body kita.

Betullah orang cakap, kalau something happen kat family kita memang kita mudah patah semangat especially your parents. Tapi diri ini kene paham yang ibubapa sudah meningkat tua. Dan sudah tiba masanya kita jaga mereka, dan bukan lagi mereka yang jaga kita.

Jangan cakaplah berapa lama masa termenung terkenang masa hari-hari lepas ini,
Jangan cakap berapa banyak air mata yang menitis
Jangan cakap berapa banyak mulut yang mengata yang marah-marah

Waktu sekarang adalah waktu yang sangat sukar buat diri
Yang banyak ajar sendiri menjadi seorang yang bertanggungjawab.

Tuesday, July 3

true



only certain people can understand this.
#truefacts
#realconfessionaboutheart