Saturday, July 30

Keluar Malam Ape Aku Kesah

Macam2 soalan ditanya bertalu-talu sebelum keluar rumah;
Abah : Pergi mane?
Kak de : Ko sambut ari jadi balak ke?
Shela : Naik ape? Kawan ko jemput ke?
Amin : Mak cu jangan lupe beli gula-gula untuk Amin yea..

Dua hari lepas,
Mesej di enset berbunyi;
"Yunk, jom sambut ari jadi Jeah pukul 12 tengah malam, Tepat."

Anyway, selamat ari jadik kawan baikku Jeah,
 Besday gurl dpt kek gambar dye(auwww), cekedis dan present taw orang sponsor u... 
Best kan best kan

Picit jangan tak picit pipi dye

4 anak dara omey2 keluar malam2..hehe
 
Alangkah indahnya mempunyai kawan yang masih rapat dengan kita walaupun sudah lama meninggalkan alam persekolahan =)
Dan,
Alangkah indahnya dunia bila kita semua tak akan membesar ~ Muda, Hujan


Walaupun lokasi hanyalah di taman permainan kawasan perumahan,
Kiteorang sangatlaaa popular malam tuh,
Ditemani dengan suara2 sumbang budak2 motor yang lalu kat situ,
Pengacau 1: "woo, sambut hari jadi"
Pengacau 2:"Haa tiup jangan tak tiup lilin tuh"
Pengacau 3: "Nak kek jugak"
Tapi ape nak dikisahkan, kan?



Then berkata pada mereka bertiga, 
Jom nikmati zaman muda puas-puas,
Keluar malam-malam, lepak kat kedai mamak,
Sambil layan internet,
Dan tangkap gambar banyak2 simpan sebagai kenangan. 


Monday, July 25

Saya Ada 6.5 orang Anak Buah


Semalam aku dan family aku wat lawatan. Aku sanggup mintak cuti tau, demi lawatan satu family nieyh ye la bukannyer senang. Lagipun terkumpulnyer 6.5 orang anak2 buah aku beb..(yang setengah tuh tak lahir lagi yea). hehe. Pergi mane? Kuala Gandah. Ada ape kat sne? Pergi tengok gajah lar. Selama aku tinggal kat sini aku tak tahu pun ada Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan kat Lanchang....T_T. Kesian kan. Dah la taraf kebangsaan tuh. Actually bukannyer aku jakun sangat nak tengok gajah tuh tapi lebih kepada keinginan untuk 'snap' gambar2 dan aksi anak2 buah aku. Perangai dan tahap kebisingan mereka ya Allah! =.=

Cukup kuota untuk sebuah keluarga.... dari kiri : anak perempuan, bapa, mak dan anak lelaki..

Haa jom main kira2..haha. Yang dalam bulatan merah tuh la anak2 buah. Yang bulatan purple plak tak lahir lagi. Cop2, mane lagi sorang?? hehe. Sory la Sara yea, awak x dapat ikut sebab selesema yunk ;(


Tapi kan time pergi tuh meriah, sangat ramai orang. Berbas2. Ade gak orang berkelah kat situ (erkk). Group mat salleh pun ramai beb. Dan mereka sangat la jakun tengok semut besar. =.=. 

Comel... suka tengok kasut Adidas yang dye pakai... Omeyy sangat sayanggg <3


Perghh... kilauan mata yang membawa seribu makna kat saya la awak.. <3


Kacakk.... nie la bakal model. haha. Kacak 2ribu kali! Mak cu salute abang Min!

Lepas abes lawatan, terus pergi umah kakak yang berdekatan dan masing2 makan macam lapar sangat!! Ape2 pun, best sebab melayan karenah mereka berenam..Auwww.






Wednesday, July 13

Petanyaan yang Kurang Senang Untuk Dijawab..

1. Mereka yang berlawan jantina bertanya,

Awak duduk JB(Jalan Bahagia) kan?
(dalam hati : Eh eh... camne kau tahu umah aku kat mane)
Aku jawab "Taklah."
Dia balas, "Yea. Awak duk JB. Saya tahu"
Okay. Aku diam. Langsung tak kenal. TAK KENAL. TAK KENAL.



2. Mereka yang lain (kacak!) bertanya lagi,

Eh, awak adik Nizar kan?
(.........) Then aku balas, "Macam mana tahu ni?!"
Die buka jari bentuk 'L' letak kat mulut (tandanya senyuman).
Aku balas, "Ouhh..yea ke. Mase angah kawen datang tak?"
Die jawab, "Of course la. Baru lepas SPM yea?"
Ouh tidak. Dikatakan lepasan SPM lagi =.=..... Okay, perbualan lepas tuh private. Hehe..




3. Mereka yang lain (pangkatnya Pak Cik) bertanya lagi,

"Baki RM 2.50 Pak cik."
Die jawab, "Terima kasih. Nanti kirim salam kat abah yea."
Erkk... how do you know I am daughter of Pak Wahab? And even my name! =.=




Kalaulah Temerloh nie besar, takdelah mereka kenal aku an. Ouhh teringin berada kat tempat yang tiada orang kenal kita.

Sunday, July 10

Apa Kaitan SPM Dengan Aku?!

Mereka bertanya,

Umur berapa?
Awak baru lepas habis belajar yea?
Sekolah lagi ke?
Umur mesti 18 kan?
Dik, lepasan SPM ke?
Akak baru lepas SPM yea?
Kenapa tak sambung belajar?

Helloooo, saya bukan budak lepasan SPM. Sudah lama meninggalkan zaman persekolahan. Okay, saya mengaku saiz saya macam budak sekolah. Kalaulah Tuhan perkenankan doa saya, harap boleh tambah beberapa incikan. 


I'm degree student you... ada ciri-ciri bakal ejen hartanah berjaya tak? auwwww

Monday, July 4

Reunion Sebab nak makan Lasagna (?!)

Akhirnya perasaan mengidam lasagna telah terubat setelah lebih sebulan meninggalkan hiburan2. Apa yang lagi best, dapat berjumpa semula dengan kawan lama la yunk!


Lasagna idaman..yummy


Punyalah banyak meng-order makanan kan. Setiap sorang satu food, and tambahan piza. Kenyang bapak perut meh.


And we've got this....

This...

And this...

Almost 2hours and half spent togther2... Rindu sama mereka meyh...muahhaha
Terima kasih kepada Raihan, Sham, Nazihah  dan juga Zaid sebab sudi meluangkan masa bersama2 (even masing2 tanam lemak kat umahkan). Sayang korang, Muaxxx!!





Tunggu dulu! 


Lupa sorang mak cik (dalam bulatan merah) balik kolej dye...


Bye2! see u soon bebeh~

Sunday, July 3

Bayi Montel 12 kg => Comel!!

Haa nie aku just nak share satu berita daripada suratkhabar yang aku baca semalam. Menarik woo, amazing sangat beb. Sampai kakak2 dan adik aku juga baca. Just aku ringkaskan je la yea.



BESUT 1 Julai - Seorang bayi lelaki berusia hampir tujuh bulan dari Kampung Gaung, Jerteh dekat sini menarik perhatian penduduk sekitar kerana saiznya lebih besar berbanding bayi seusianya dengan berat badan 12 kilogram.

Bayi tersebut dilahirkan secara normal pada 14 November tahun lalu dengan berat 3.6 kilogram dan hanya diberi susu badan oleh ibunya.Berikutan saiz badannya yang montel itu, anak bongsu daripada empat beradik itu kini boleh memakai seluar pendek milik abangnya, Fayyadh Darish, 4.

Ibunya Zulida ketika ditemui di rumahnya memberitahu, lazimnya bayi seusia Ahmad Faleeq mempunyai berat badan kira-kira tujuh kilogram.Katanya, saiz dan berat badan anaknya itu membuatkan dia cepat penat apabila mendukung Ahmad Faleeq.
Katanya, semasa mengandungkan bayi berkenaan, dia tidak mengambil sebarang makanan tambahan dan apabila bersalin berat anaknya sama seperti bayi lain.
Menurutnya, khuatir dengan tahap kesihatan anaknya, dia membawa bayi berkenaan ke klinik kesihatan di Jerteh untuk pemeriksaan dan doktor mengatakan bayinya itu tidak mengalami masalah obesiti kerana hanya diberi susu badan.

Saiz tubuh bayi berkenaan menyebabkan kediamannya sering dikunjungi penduduk yang 'geram' melihat kemontelannya.

Haa...nie la gambar baby tuh... Comel kan?? Alolo~~~ omey nyer awak, rase nak cubit je saya.

Nak baca full artikel nie, pergi dekat sini

Kalo aku jumpa bayi tuh, aku pun geram beb. Saiz dye teramatlaaaa comel, ngan kulit licin tu haa. Sampaikan seluar pendek abang dye pun dah boleh muat =.= Wowww. Lagi satu, harap bayi tuh sentiasa sihat dan comel selalu bebeh.. yaww~~

Saturday, July 2

Kuala Lumpur : Ada Apa Dengannya?

Lokasi : Rumah
Masa : 10 malam


Tiba2 rindu masa itu. Yea, masa tuh. Masa belajar di um. Ye la, sekarang cuti sem. Dah lama tak melawat Kuala Lumpur. Rindu sangat beb. Actually boleh je nak pergi KL dan UM, tapi terikat ngan keje la saya awak T_T.
Sebab2nya, da lama tak pergi ke tempat2 nieyh....


<original picture taken>
Rindu nak pergi Mid Valley, nak pergi masuk kedai2 and window shopping yaww
Rindu nak pergi tempat bowling kat mid tuh, bukan maen pun tapi pergi toilet =.=
Rindu nak tgk wayang kat GSC, da lama sangat tak pergi panggung i rindulah!
Rindu nak pergi KLCC even boring
Rindu nak naek RapidKL and tren berhenti dekat KL Sentral, Masjid Jamek 
Rindu nak pergi pavilion, sambil2 berphotograph depan KLCC tower
Rindu ngan roomates : wanie,mar n fee, da lama tak gosip2 ngan korang sayangg
Rindu nak pergi kelas, naik bas um ataupun taxi
Rindu nak jalan2 ngan husna, azie, qila
Rindu nak usik husna dan azie pasal skandal dan pakwe dyeorg
Rindu nak bergila2 ngan cati
Rindu nak usik mar, tierah n saiful, jahat korang baling telur kat aku yea
Rindu nak pergi Times Square, Sg Weng dan juga Lot10 you
Rindu nak makan meatballs kat Ikea
and yesss, The Curve!
Rindu denngan KK12
Rindu denngan Abang Man jual topup...yaww


meatballs rm5... mkn skit pun da kenyang! <original picture>
Lagi lagi nak cter
Rindu nak pergi umah my auntie
Sebab every weekend pergi umah dye jln2 ngan dye dan juga my beloved sis
Rindu nak pergi the mines, barang dye murah
Rindu nak makan kat Subway, Big Apple, Starbuck and ect (kadang2 je yea!)
Rindu nak pergi downtown Bandar Tun Razak
Rindu ngan my auntie belanja makan kedai Vistro
Rindu ngan umah my autie internet dye laju boleh donwload citer anyak2
Rindu nak pergi cheras leisure mall lagi
Rindu ngan putrajaya~ presint 9, i love u!
Rindu ngan alamanda dan dataran putrajaya
Rindu ngan pasar malam 


Saya rindu semuanya!


Give this song as i heard during post this entry by Laila's Lounge, damn makes me remember my old life 3 years back!