Friday, July 20

RAMADHAN YANG SAYU

Sudah mula solat terawih. Saya nak ucapkan Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Walaupun Ramadhan ini dirai, tapi Ramadhan kali ini adalah yang sayu buat saya :'(. Kalau siapa yang tahu sebabnya, terima kasih. Yalah, sambut puasa bila berjauhan dengan mak yang busy jaga Abah yang sakit dekat hospital. Risau tau dan hanyalah telefon sebagai penghubung. Tiadalah kan mak nak kejut bangun sahur dan Abah call suruh bangun sahur. Tiadalah kan nak berbuka bersama2 parents sendiri kan. Dan Tiadalah kan nak tengok mak abah bawak balik makanan selepas habis solat terawih. Harap2 lah Abah cepat cepat sihat, doa banyak2.

Tapi bersyukur sangat2 masih ada kakak, abang, adik tersayang yang sentiasa bersama ;). Dan juga anak buah yang comel bising2 kat rumah nak teman buka puasa. I love my family =).

Salah seorang kekuatan saya yang sangat berbakat sebagai pereka.. <3
Mood : Sounds Under Radio - All You Wanted





No comments: