Mempunyai anak buah tidak dinafikan agak menyeronokkan. Dan famili aku sendiri
ramai anak buah. Sejak menjadi 'mak cik', aku akui aku menjadi lebih bertanggungjawab dan belajar skill komunikasi dengan kanak2 dan bayi. Amboi kau. Dan aku teringin jadi photographer kanak2 (wewitt). Best woo dan agak mencabar sebab kena pandai ambil hati mereka. Selepas syawal dengan
famili dan
konvoi dengan kawan2 schoolmates, kali ni ade idea lain pulak datang.
Petang raya 10 syawal harituh sedang kesemua mereka tengah main lego, yang budak perempuan pula aku nampak sedang menyikat rambut antara satu sama lain. Terus ingat time kecik2 dulu aku buat benda yang sama. Nostalgia!! Jadik boring2 tuh terus aku dapat idea suruh diaorang pakai skirt cantik2 photoshoot. Treat them like a little princess sebab budak perempuan umur sedang diaorang suka feeling cantik2 dan rasa macam puteri. Dan mereka pun sporting abes! (
3 gambar pertama telah diedit dengan apps smartphone so tahap noise tinggi)
|
Anak buah aku yang comel. Kiri: Nasuha(4 tahun) dan Balqis (5 tahun). |
|
Jadik photographer kanak2 aku. Comel plus gojes diaorang ni <3. |
|
Senyuman yang ikhlas lagi kiutt. |
|
Gambar tak jadik. Asal mencebik mulut Nasuha? |
|
Suruh diaorng buat gaya ni yang lebih natural XD. |
|
Lego is everywhere kat mana2 bahagian rumah. Kalau terpijak nangis kau. Binaan blok terus teringat Legoland! |
Belek2 gambar diaorang puas hati. Menjadi budak perempuan sangat awesome!
No comments:
Post a Comment