Thursday, August 29

Hello Ho Chi Minh! ~ Part 2 ~ Celadon City and Hồ Chí Minh Museum

Setiap lukisan dan patung di Ho Chi Minh Museum semua memiliki jiwa dan aku sangat tersentuh. J.I.WA. dan juga S.E.J.A.RA.H.Yalah Vietnam kan bekas negara komunis, punyalah susah perit rakyat mereka nak dapatkan kemerdekaan. Oh ya hari kemerdekaan Vietnam 2 Sept, tarikh yang sangat dekat dengan hari merdeka Malaysia.

Hari 28 Sept (Rabu) melawat site visit yang menarik, Celadon City. Projek pembangunan yang besar dekat Ho Chi Minh. Jugak dapat kawan baru.

Museum Hồ Chí Minh yang cantik dan berseni. Sejarah yang mengagumkan.
Meniru gaya potret belakang xD
Sejarah negara bekas komunis yang hebat.
Gambar satu kelas dan pelajar Vietnam dari University Finance and Marketing.
Tokong area Ho Chi Minh yang cantik senibinya.

Baju sekolah yang cantik berdasarkan baju tradisional. Ayu2 gadis Vietnam.

Projek mega, Celadon City dalam skala model kecil. Teringat Legoland.

Setiap Unit apartment di Celadon City berharga range RM 1.2 juta. Hartanah di Ho Chi Minh sangat mahal.

Last gambar, gegirl EM. Wee

Pergi mana lagi ni yea. =D


Wednesday, August 28

Hello Ho Chi Minh!

Mengenali budaya luar membuat aku buka mata betapa luasnya dunia dan menyeronokkan, bukanlah kita saja yang kaya budaya.
Menaiki kapal terbang melihat awan kepul2.
Merasa makanan MAS yang sedap.
Menikmati free wifi di KLIA (erkk).
Baru nak update benda 24sept lepas. Maaf sangat busy di sini. Intergrated project universiti yang berat.

1. Bergaya di Airport (KLIA)

Dress code: Simple kasual.


Gegirl EM

2. Makanan Malaysia Airlines yang sedap dagingnya.

Fried Rice Daging yang dagingnyerr memang sedap.

3. Sampai di Airport Ho Chi Minh

Entire Classmates

4. Budaya orang Vietnam dalam di atas jalan raya

Banyak gila motor sebab motor adalah pengankutan utama. Tapi sangat menghormati pejalan kaki yang ingin melintas malah lebih beradab dari Malaysia. Banyak kenderaan pun trafik berjalan lancar.

5. Dinner dekat kedai Makanan 1Malaysia. Makanan halal agak mahal di sini. Range dalam RM15~RM 20 satu makan. Ibaratkan harga makanan Arab di Malaysia. Makanan local murahlah tapi tak tahu kandungan dia apa. Banyak restoran halal macam Warung 1Malaysia, Kampung Melayu dan Basiroh.

Menu dalam Vietnam Dong.

Roti canai kari ayam, 40,000 VND = RM 6.40. Murah sikit.

6. Ben Thanh Market, di mana syurga kain cotton menayangkan kehebatan corak masing2. Macam2 jual kain cotton, telekung, bag dan lain2. Kena bijak bargain dengan peniaga dekat sini.

Kiri kanan kain.

Mari2 kain cotton.
Perhiasan mini yang memang cuteee.


7. Bersiar di taman unga Ho Chi Minh city.

Bunga2 segar,

Cuaca di Vietnam lebih kurang sama macam Malaysia. Tapi suhu bilik hotel aku ni da macam dekat New Zealand. Akan update lagi tempat menarik. XD


Tuesday, August 27

Raya Konvoi ~~ University-mates

Esok nak fly, tapi kaki menggatal nak ikut beraya. Jauh perjalanan menjejakkan kaki ke dua daerah. Tak ingat yang diri nak field trip esok. Bagi aku biar penat asal seronok. Ni je la peluang yang ada untuk beraya sakan sebelum dua minggu berada di negara orang.

Susur alur perjalanan

Banting --->Banting----->Pantai Bagan Lalang -----> Cyberjaya----> Taman Bukit Kuchai.


Raya.
candid
Unmatched baju kurung dan tudung. Whatever lah. 
Happy birthday Afifah.
Pantai Bagan Lalaang. (gambar curi dari instagram kawan :D)
Good.
Tipikal shoot.

Dan selepas tuh terus cepat2 topup barang nak fly.

Monday, August 19

Photoshoot with Little Princess ~~

Mempunyai anak buah tidak dinafikan agak menyeronokkan. Dan famili aku sendiri ramai anak buah. Sejak menjadi 'mak cik', aku akui aku menjadi lebih bertanggungjawab dan belajar skill komunikasi dengan kanak2 dan bayi. Amboi kau. Dan aku teringin jadi photographer kanak2 (wewitt). Best woo dan agak mencabar sebab kena pandai ambil hati mereka. Selepas syawal dengan famili dan konvoi dengan kawan2 schoolmates, kali ni ade idea lain pulak datang.

Petang raya 10 syawal harituh sedang kesemua mereka tengah main lego, yang budak perempuan pula aku nampak sedang menyikat rambut antara satu sama lain. Terus ingat time kecik2 dulu aku buat benda yang sama. Nostalgia!! Jadik boring2 tuh terus aku dapat idea suruh diaorang pakai skirt cantik2 photoshoot. Treat them like a little princess sebab budak perempuan umur sedang diaorang suka feeling cantik2 dan rasa macam puteri. Dan mereka pun sporting abes! (3 gambar pertama telah diedit dengan apps smartphone so tahap noise tinggi)

Anak buah aku yang comel. Kiri: Nasuha(4 tahun) dan Balqis (5 tahun).

Jadik photographer kanak2 aku. Comel plus gojes diaorang ni <3.

Senyuman yang ikhlas lagi kiutt.

Gambar tak jadik. Asal mencebik mulut Nasuha?

Suruh diaorng buat gaya ni yang lebih natural XD.

Lego is everywhere kat mana2 bahagian rumah. Kalau terpijak nangis kau. Binaan blok terus teringat Legoland!

Belek2 gambar diaorang puas hati. Menjadi budak perempuan sangat awesome!

Yaya



Sunday, August 18

Raya konvoi (Schoolmates)~~~

Beraya dengan kawan2 sekolah adalah sangat menyeronokkan. Ada yang bertahun2 x jumpa. Mengimbau kenangan betul.

4 Syawal - Konvoi raya ramai2. Ni semua plan Esah the driver nak raye umah Cikgu Manisah. Dan kereta aku (famili) pulak rosak memang aku sakit hati. So sebelum raya umah cikgu tuh dia ajak merantau tempat lain. Kitaorang ter-raya umah classmates dia secara tak sengaja. Dan ade yang aku da lupa nama (sory mintak ampun). Xpe ramai2 lagi best. =P


Berjimba dalam kereta :D. 

Empat gadis comel pilih2.

Haa nie konvoi ramai2. Terima kasih pada tuan rumah XD.

Yang tengah tuh lar Cikgu Manisah, berlatar belakangkan umah cikgu yang memang cantik. 

Classmate aku pun ade sekali weyh serius x sangka jumpe korang. (Dari kiri: Fadlan the class rep, Aysmir the Japan guy, aku the blurb, Jeah the dentist and Ena the teacher).  Power Rangers in the making.

Sebelum balik bergaya dulu bak kata mak-mak.


9 Syawal - Minggu ni tiba2 sorang kawan yang agak rapat time sekolah tinggi nak beraya umah aku. Serius weyh aku dah hampir lupa pasal si Zaid ni. Kesian kau kalau aku tau ajak kau konvoi raya sekali. Dah la satu taman je pun (mintak ampun banyak2 susun sepuluh jari). Pastu aku pulak boleh lupa pasal kau. Xpe kau makan besar arituh :D

Huk hok.

11 Syawal - Dapat wassap dari kawan aku yg terchenta Sham balik dari UK. Happy gler aku weyh! Menu memang best nasi dagang dan ayam chic king! Dan apa yang best sekali dapat jumpe kawan sekolah rendah Ainul yang lebih 10 tahun tak jumpe =D

Geng SKJB. Sekolah rendah sama2. (Azimah, Ainul, Sham)

Classmate-kuh :-3

Ada plan beraya lagi tak lepas ni? xD

Yaya

Masih dapat duit raya

Umur da besar panjang, still dapat duit raya. Alhamdullilah. Terasa muda. Kahkah.
Sebelum tuh nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Tak lupa juga jangan lupakan kesukaran saudara kita dekat Mesir, Syria dan Palestin yang jauh berbeza keadaannya di Malaysia.

Raya tahun ini dengan family Alhamdullilah yang sangat berbeza dengan tahun lepas. 1 syawal tuh abes 4-5 rumah beraya, padahal rumah jiran2 sebelah je pong. Biar ikatan kejiranan teguh di sebalik kemajuan taman perumahan. cehh

Akak koi bagi duit. Terima kasih.

Tangkap guna henset je. so imej sangat noise.

My cute niece selalu kene buli,

Baju raya yang re-cycle tanpa keluar duit. Tahun ni xde baju raya. Dan selipar jepun kaler pink adalah yang paling selesa sekali.

2 Syawal - balik kampung dekat Raub. Konvoi 3 kereta. Aku drive. Walaweyh sungguh berbeza jalan kampung berlopak berbatu sempit semua. Boleh rosak tayar kereta. Bila beraya ni hanya baju kurung cotton dan selipar sahaja yang awesome dan selesa.

Makanan kat kampung. Siapa pernah makan dim sum. Sedap ni.

Pantulan diri yang lain jantina tapi sama bulan kelahiran. Sangat bermaharajalela tidur di atas katil.

3 Syawal - Lawat kubur dan beraya. Seperti biasa, berbaju kurung cotton dan selipar adalah yang paling selesa. Balik kampung belah abah dekat Kuala Lipis. Pure Pahang keturunan aku ni.

Masih merasa rumah kampung berdindingkan papan. Nostalgia.

Hiraukan kepala misteri itu. Nampak tak berbag oren dan berselipar tuh. Aku lerr.

Yaya.