Showing posts with label case. Show all posts
Showing posts with label case. Show all posts

Monday, February 16

Selamat Pengantin Baru ❤️❤️❤️

Sejak akhir2 ni banyak dapat undangan majlis perkahwinan dari rakan2. Kebanyakan dari kawan sekolah menengah dulu. Tahniah korang2, just dapat melihat dari laman sosial saja.

Tapi one of my bff kawen tak berkesempatan nak pergi disebab banjir, then majlisnya jauh di utara sawah padi sana. Rasa bersalah juga. Inai jari tinggal separuh baru dapat jumpa dia bagi hadiah perkahwinan. Tahniah ena. Dan selamat pengantin baru, kisah cintanya seperti novel. Hehehe


Lagi satu hadiah special ialah friendship iphone case yang aku buat sendiri designnya. Sweet kan? ❤️👭


Yaya.

Friday, November 1

Aksessori Gajet yang Awesome - Ceriakan Gajet Anda

Buat masa sekarang aku memang menggilai aksessori gajet. Sebab sekarang sume yg ade comel2 belaka. Aku nak senaraikan aksesori gajet yang memang boleh dijadikan hiasan dan berguna untuk ceriakan hari anda. Perlu ke tak, itu lain cerita.

*Semua gambar hakmilik terpelihara pemilik (kecuali dinyatakan).


Gahh. Comel tak? comel tak?


1. Plug red bunny - ear cap. benda ni penghias letak kat tempat earphone. Kadang2 sape yg takut masuk semut ke habuk boleh letak plug ni. Comel. Tapi aku pakai susah nak masuk kocek. So last2 pergi kat tepi laptop. Comel jugak.

Letak kat handphone.
Last2 pergi kat laptop.


2. Ipod shoes – yang nie memang laarrr paling aku suke. Bagi ipod tuh berdiri dan ada kaki! Walaupun bukan benda hidup. Siapa cipta benda nie memang brilliant!

Ishoes dari pandangan atas.
Kacak berghaye tak saya? ~~


3. Wire cord holder – okay yg nie memang sangat berguna bagi sesiapa yang rimas tengok wayar2 berselirat. Aku guna ni tuk ikat earphone, cable phone n tali mouse setiap kali nak keluar, pergi kelas atau studio. Memang berguna sebab nampak kemas sikit dia manage wayar2 kalau letak dalam beg. Comel bentuk kucing dan itik.


Wayar lebih kemas dan tak berselirat bila letak dalam beg. Comel.

4. Handphone stand – okay yang nie stand untuk ipod, tablet, handphone or ape2 je la kalau nak tgk video ke apa. Kira macam supporter. Corak pun comel2 aku beli kaler merah.


Belakang.

Depan


5. Colorful cable – yang nie memang berguna untuk nak cas handphone kalau da boring kaler putih yg dia bagi tuh. Sekarang memang ade macam2 kaler n design. Ade yang siap ada lampu menyala time tenganh cas. So xdelah plain je putih hehe. Aku punye sure kaler pink. Tapi bagi iphone user yg guna 5s or ios 7, aku x pasti cable macam nie dapat detect ke tak sebab dia nak yang cable ori punyer.

Iphone/ipod cable.
Colourful (Source: Instagram)


6. Colorful plug head – yang ni memang core dalam ape2 gajet. Universal head plug. Lama gile aku cari yg berkaler2, dekat berbulan2 jelajah satu2 kedai. Bosan yg kaler putih. Harituh aku suruh kawan tolong ushakan tapi dia cakap mahal, dlm RM 20-30, mahal, aku nasihatkan janganlah korang beli. Kalau bawah RM 15 baru beli, baru berbaloi. So aku beli kaler purple, bagi dia matching dengan cable iphone pink.

Plug head aku beli kaler purple. Beli dekat Digital Mall.
Banyak lagi kaler lain, pilih. (Source Gambar: google)
Satu set. Kalau nak pergi keluar mane2 atau holiday. :-3

7. Ipod/iphone case – okay pasal case2 memang aku gila. Sanggup berhabis duit beli ni. Asal Nampak je kat mana2,aku slalu usha. Biasalah macam tukar baju. Tapi aku slalu beli kat pasar malam je murah, kualiti pun bagus sebab aku pakai tak sampai sebulan aku da boring design dia. Baru2 ni aku beli ipod case roxy yg kebetulan ada promotion bagi aku affordable juga. Kalau harga sebenar janganlah beli. Kena pandai tunggu masa promotion. Jadilah pengguna yang bijak ye.

Smart.
Kotak.
Semua aksesori dibeli dengan harga yang berpatutan. Tak mahal kena pandai usha harga. =)

Yaya

Friday, July 5

Yang Menjadi Kegilaan Aku Sekarang

Aku seorang penggila harta. Pemburu barang-barang. Kegunaan harian dan sendiri. Tak kiralah mahal ke tak, asal puas hati apa yang dimiliki.

1. Contact lenses case
Setelah berbulan2 mencari bekas contact lenses yang comel dan super kiut, akhirnya aku jumpa jugak. Rupa2nya jumpa kat area rumah aku je, xyah pergi jauh2 atau beli online. Sekarang ini nak kumpul bekas ni banyak2, sebab bekas contact lenses kena tukar 4-6 sekali. Comel2.

Gambar yang selalu diusha. comel2. (Sumber: Tumbler)

Dan akhirnya berjaya dapat jugak. Bunny contact lenses case. 

2. Long shirt/ blouse
Yes, terasa diri ini nak lagi tshirt labuh yang boleh dibuat koleksi. Sebab diri semakin meningkat tua. Disebabkan sekarang tengah pokai, layan pre loved (bundle). Seorang mamat tuh x percaya aku layan bundle. Rileks la kawan aku pun tau definasi berpakaian macam mana. Peduli apa mahal ke x. Aku bukan datang dari keluarga berada pun. Sebab bagi aku fesyen adalah,

"It's not about what you wear, but is about how u wear it"

Aku memang sangat suka akan baju dan mostly duit aku abis dekat beli baju. Tapi aku sangat cerewet dan memilih dalam membeli pakaian. Dan aku sangat cerewet pasal proportion baju itu sendiri. Kalau x cukup lengan jangan harap aku beli. Dan aku suka alter sendiri baju yang aku beli. Woww, buat design sendiri dan suruh mak jahit. Sebab aku tak pandai jahit mesin. Guna tangan aku boleh. Sebenarnya masa zaman sekolah dulu aku ada nak jadik fesyen designer tapi last2 course lain yang aku masuk. But anything lah fesyen tetap fesyen.

Tshrt labuh yang simple. Japan fashion always satisfied me. (Sumber: Google)
Dapat satu set best ni. (Sumber: Google)



3. Iphone Case
Mencari iphone case yang aku suka, iaitu cover menara paris dan aku dah jumpa kat Kuantan. Tapi terasa mahal pulak. Ohh ye aku guna iphone 3gs, model lama. Sebab itu susah nak cari. Nak kumpul banyak2 baru dapat tukar setiap hari. Tapi tak dapat lawan case original apple tuh sendiri yang lebih keras dan tahan. Sebenarnya sebelum aku guna apple aku tak paham kenapa orang suka apple. Dan sekarang aku mengerti. Lebih2 lagi kalau kau reti guna itunes, makin banyak advantages dia.

Yang terkumpul setakat ini. Nak kumpul lagi biar jadi koleksi XD
Yang dicari lebih kurang sebegini. (Sumber: Google)

4. Ipod case
Sebenarnya kalau nak diikutkan aku lebih menyayangi ipod dari iphone. Hu uh mengapa mungkin aku beli guna duit sendiri kot. Ipod lebih kepada muzik dan aku kaki muzik. Paling mencari adalah case emas atau silver camnie, nampak smart glerr XD

Ipod case yang diidamkan. Nampak sangat gorgeous. (Sumber: Tumblr)

Gahhh. Buat habis duit je. Tapi ini adalah berbaloi untuk aku. XD

Yaya