Friday, January 10

Beban Terlepas.

Alhamdullilah.
Hari ni thesis telah berjaya dihantar. Final sem ni memang paling banyak tidur 4-5 pagi semata-mata nak siapkan benda ni, belum dikira report lain lagi.
Tapi yang thesis ini paling berat, sebabnya hanya satu - individualistik.
Tak boleh malas. Nama "Thesis" tuh pun dah grand.
Sebab thesis inilah aku paling banyak habis duit - questionnaire survey, gift to respondents, final print belum masuk print 2 draft, dan hardbound.
Kalau dikira2 dalam RM 300.
Memang cekik darah, tapi kalau setakat ratusan ringgit untuk satu ilmu sekali dalam hidup, aku dah tak kisah.
Dikira kalau kau beli Ipod atau Iphone harga cecah ratusan/ribuan ringgit, takkan demi satu ilmu tak bolehkan?
Dan aku pun tak sangka aku dapat lalui flow yang dirancang untuk siapkan thesis masa awal2 decide tajuk ni.






Hari ni jugak aku dah lalui satu paper. Dan tinggal lagi satu paper, selepas itu berakhirnya zaman belajar dekat Universiti - dan zaman praktikal pun bermula.

Yaya.

No comments: