Friday, January 20

After Exam

Selepas exam macam x ingat dunia

Terus keluar makan kat klcc, mengidam sizzling terisi jua
Melihat a super-huge klcc kat entrance dye buat diri terasa kerdil
Teknologi manusia, teringat cerita Mr. Allan Sim dan juga kisah Pn Yasmin
Then lepas tuh xtaw nak pergi mane lagi =.=
Ingat nak pergi ICT tapi ble da smpai msti da tutup
Plan nak g karaoke jugak hanyalah satu rancangan sahaja

Tapi
Melawat Bangunan Sultan Abdul Samad yang cahayanyer bertukar2 waktu malam
Ah,, cantikya
Then pusing sekitar bb n pavi menunjukkan kL nie balik2 jumpe bende yg sme je
Singgah sebentar ke Uptown banyak barang cantik2
terlihat satu skirt (skirt?! eeeee...) huh.. lupekan je la
Jalan lagi
Last2 pergi Mcd Bangsar, bergosip2 mak aihh
Sampai kol 4 pg tggu pakej breakfast
Then kol 5pg bru smpai blik TIDO =,=

Guess what kol 4jam lps tuh kene bgun pegi bli tiket
Tolonglah, da beberapa minggu tdo kol 4pg. Study.
Tapi alhamdullilah, segalanya da berlalu.
Kalau x takkan la berada kat rumah sekarang nie kan.

Macam2 plan cuti nie.

Sunday, January 8

Semoga Dijauhkan.

Oh My God, terasanya.
Hope I would rather not be like them.




Ya manusia mudah lupa. Peringatan untuk diri sendiri.
Sumber dari sini.
Thanks. 

Friday, January 6

Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Hanya membaca dan terus tertarik dengan satu artikel ini, jiwa terus terusik. Betapa banyaknya suruhan yang ditinggalkan sambil lewa. Tersentap.

100 hari sebelum kematian
 – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian 
– Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.



7 hari sebelum kematian 
– Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian 
– Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian 
– Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian 
– Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sumber bukan dari pemilik, tapi dari sini.
Banyak pengetahuan kalau membacanya.
Semoga kita sedar akan apa yang kan berlaku pada kita =)